Hidup Ini Adalah Sebuah Perjuangan

by - November 20, 2020

Cepat sangat kan, masa berlalu. Harini dah Jumaat semula dah. Dunia akhir zaman, kita akan rasa perjalanan masa tu cepat nauuu lah bergerak. Mungkin juga kita sangat sibuk dengan rutin harian. Tak kesahlah apa yang kita isi dalam aktiviti harian kita, tapi semoga kita seimbangkan aktiviti dunia dan akhirat. 

Kita kejarlah akhirat, kerana dunia pasti akan mengejar kita. 

Perjalanan kehidupan masa depan kita, kita tak tau sampai bila akan berakhir. Masa yang berlalu pergi, takkan kembali lagi. Hargai moment yang kita lalui saat ini. Kerana ia juga akan berlalu, dan esok belum tentu lagi untuk kita. 


Namun... kita tak boleh berputus asa. Ada hikmahnya Allah merahsiakan masa depan. Kerana DIA nak kita jadi hambaNya yang sentiasa berusaha dan berjuang untuk masa depan. Kita tak boleh lemah. Kita kena berjuang, untuk dunia kerana dunia inilah yang akan menentukan bagaimana akhirat kita nanti. 


Sebab itulah, kita kena utamakan akhirat dalam apa jua urusan kita. Nak bisnes, bisneslah. Niatkan bisnes kerana Allah. Untuk berikan manfaat kepada orang bisnes dan produk yang kita jual dan berikan tu. Islam tak halang kita untuk jadi kaya raya. Islam malah nak kita jadi usahawan Islam yang berjaya. Dengan kekayaan dan kemampuan dari segi harta, duit, kebendaan... kita boleh manfaatkan kepada ummah dan perjuangan Islam. Contohnya zakat, sedekah, infak serta peluang orang lain untuk raih rezeki bersama-sama kita. 


Berjuanglah dalam apa jua yang kita lakukan. Dunia adalah tempat bersusah-payah. Syurga adalah matlamat kita yang abadi. Selagi kita masih bernafas, berjuanglah. Kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan!


Sampai jumpa lagi. Salam Jumaat dan nak produk MEERACLE atau nak sertai Team The Sash Beauty, boleh Whastapp CikHas. KLIK SINI

You May Also Like

0 Comment