Welcome to Blog CikHas

by - March 09, 2020

Assalamualaikum.
Salam perkenalan dan selamat datang ke blog CikHas: Meeracle Empire byCikHas.

Nama saya Hasanah Hasrin. Panggilan manja CikHas. Nampak la muda sikit kan.. Hehee.. Hakikatnya dah 39 tahun pada julai 2020. Isteri yg gojes kepada En Norazman dan Mama kepada Kakak Auni, Abang Amsyar & anak ke 3 iaitu Affan.



CikHas sangat suka dengan kecantikan. Suka tengok wanita2 kat luar sana sentiasa cantik dan gojess gitu. Pada CikHas penampilan wanita tu sangat penting. Sebab tu bisnes pun ke arah kecantikan jugak. Hehe.

Punyai hobi yang tak semua orang boleh buat. Iaitu menjahit manik. CikHas suka jahit manik pada baju dan juga Shawl Chiffon dan satin. I'm the Owner Sash Classique. ( "Shawl With Beads Your Own Design ").

So dua bidang yang CikHas rasa berkait rapat untuk wanita kan. Cantik, gojes dan menarik. Boleh je hubungi CikHas untuk dapatkan Tips2 Kecantikan dan jugak untuk tempahan produk. Nak CikHas guide tentang bisnes skincare ni pun boleh je.
Salam perkenalan dan sekali lagi, selamat datang ke blog CikHas. Sudi-sudilah Follow dan jemputlah sentiasa singgah di blog CikHas ini. Terima kasih dan sehingga berjumpa lagi dalam entry akan datang. Bye!

You May Also Like

0 Comment