facebook instagram
Powered by Blogger.
  • HOME
  • ABOUT
  • MEERACLE UNDER THE SEA
    • Moisturizer
    • Toner
    • Scrub
    • Facial Sheet Mask
    • Travel Set
  • MEERACLE SKIN CARE
    • Facial Cleanser
    • Luxury Cleansing Milk
    • Facial Serum
    • Foundation
    • Beauty Defender
    • Quiver Facial Brush!
  • MEERACLE COSMETICS
  • JOIN US!
  • CONTACT

Meeracle Empire byCikHas

Tanyalah mana-mana wanita tak kira peringkat umur berapa pun, sikit sebanyak mereka pasti concern tentang kecantikan kulit. Paling cikai pun tentang cuci muka. Malas nak buat rutin jaga kulit wajah yang lain, tang cuci muka mesti takleh tinggal. Kalau tinggal jugak tak mau buat, tak tau nak kata apa hihi. Ini step paling asas kot dalam penjagaan kebersihan diri. Cuci muka!


Dalam entry harini, CikHas nak share dengan uols tentang 7 langkah mudah skincare goals. Nak tak kulit muka bersih, sihat, glowing dan cantik berseri-seri? Haaa, kalau nak, teruskan baca tau, ini dia tips yang CikHas nak share ni.

8 Langkah Mudah Skincare Goals
  1. Sapu pelembab wajah setiap hari
  2. Cuci muka sebelum masuk tidur
  3. Berjumpa dematologist *jika perlu*
  4. Sapu sunscreen setiap hari
  5. Minum air putih yang mencukupi
  6. Elakkan sentuh wajah jika tangan kotor
  7. Scrub wajah secara berkala
  8. Jangan gatal nak picit jerawat!



Mudah saja kan 8 step skincare goals ni kan? Nak lagi mudah atau selesaikan masalah tak tau nak cari produk skincare apa yang sesuai untuk digunakan untuk skincare goals ni? Korang pilih dan gunakan saja set Meeracle Under the Sea Products!



Meeracle Under the Sea products for your skincare goals:

  • Meeracle Under the Sea Toner
  • Meeracle Under the Sea Moisturizer
  • Meeracle Under the Sea Scrub

*Klik link untuk baca keterangan bagi setiap produk*



Hubungi CikHas untuk maklumat lanjut atau order!
CikHas
Antara rutin penjagaan kulit yang wajib kita lakukan secara konsisten ialah scrub wajah. Namun, jangan berlebihan, memadai seminggu sebanyak sekali atau 2 kali sahaja. Jika berlebihan, dikhuatiri boleh menjejaskan kelembapan kulit wajah pulak. Sekali atau 2 kali sahaja seminggu. OK?


Akhirnya... penantian telah pun berakhir. Meeracle Under the Sea Scrub telah pun berada di pasaran. Memang ramai yang ternanti-nanti HQ keluarkan Meeracle Under the Sea Scrub ni. Pastinya penantian itu satu penyeksaan dan yang lebih pasti ia tidak sia-sia! Memang order masuk berdesupppp untuk Meeracle Under the Sea Scrub ni tau! 






Apa yang istimewanya Meeracle Under the Sea Scrub ni? Inilah dia antaranya:



Meeracle Under the Sea Scrub sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Jadi, tak perlu risau yer untuk menggunakan scrub Under the Sea ni. Hanya ikut aturan pemakaian, dan rasai hasilnya. Kulit wajah akan rasa sangat halus dan licin, wajah akan kelihatan segar dan sapuan mosturizer dan foundation dan make-up akan jadi lebih berkesan dan sekata kerana tiada lagi sel-sel kulit mati pada wajah. Memang terasa perbezaan sebelum vs selepas menggunakan Meeracle Under the Sea Scrub. 



Anda mesti cuba! Dapatkan daripada CikHas, boleh terus KLIK SINI untuk whatsapp. 
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana kita telah dikurniakan kesempatan untuk melaksanakan ibadah berpuasa dan ibadah-ibadah lain pada bulan Ramadhan pada tahun ini. 


Sungguh pun tahun ini kita semua di uji dengan wabak Covid-19 yang menyebabkan kita perlu lalui new norm dalam kehidupan kita, termasuklah dalam hal ibadah, namun yang paling utama, kita mendapat pelbagai hikmah disebalik ujian ini. Carilah hikmah disebalik ujian, kerana tiada perkara yang berlaku secara sia-sia, tanpa ada hikmahnya, kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Mengatur segala-galanya. 


Sama-samalah kita doakan agar wabak Covid-19 ini akan berakhir dengan segera dan kita semua dapat lalui kehidupan yang lebih baik daripada dahulu.


Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ini, perjalanan kehidupan harian dan bisnes CikHas berjalan dengan sangat baik, dengan izin dan bantuan daripada Allah SWT jua. Dengan sokongan daripada HQ, team AgentCikHas dan family, bisnes CikHas dan team berjalan dengan sangat baik. Jualan meningkat kerana permintaan semakin tinggi pada bulan Ramadhan. Dengan promosi hebat yang diberikan oleh HQ, memang tak menang tangan nak uruskan order. Stok terputus tu biasa, memang adrenalin rush sentiasa bila buat bisnes Meeracle ni. 


Alhamdulillah, atas rezeki daripada Allah buat kami semua. Yang penting, kami tak pernah putus asa, kerana kami yakin Allah akan sentiasa bersama hamba-hambaNya yang berusaha dan berdoa. CikHas sentiasa alu-alukan kepada korang yang sedang cari peluang bisnes untuk sama-sama berbisnes dengan CikHas. InsyaAllah, CikHas akan bantu korang selagi mana korang nak capai kejayaan. Apa-apa terus WA CikHas tau. 



Esok dah nak raya, CikHas ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin atas apa jua kesilapan yang pernah CikHas lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja. Andai anda terlanjur dalam percakapan, penulisan atau perbuatan, CikHas mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki. 


CikHas doakan semoga kedatangan Syawal ini memberikan keceriaan, kesejahteraan dan kemenangan kepada kita umat Islam dalam menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan dan dalam kita berjuang melawan Covid-19. Bukan mudah nak lalui hidup dalam suasana PKP. Ini semua cabaran dan kita telah berjaya lalui. 


Akhir kata, sekali lagi CikHas ucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Sebagai wanita bekerja dari rumah, setiap hari kita akan lalui hari-hari yang mencabar. Menangani tekanan secara bijak adalah sangat penting supaya kita dapat melaksanakan tugas harian sebagai isteri, ibu dan usahawan dari rumah. Lagi-lagi dalam musim Covid-19 di mana kita berada dalam tempoh PKP. 


Anak-anak dan pasangan juga berada di rumah. Bukan tak suka, NO! Tapi bila rutin sudah berubah, sedikit sebanyak ia akan melibatkan perubahan dalam aktiviti dan rutin harian kita. Jika tak ditangani dengan baik, ia boleh mendatangkan stress. Ramai yang dah hadapi stress sejak PKP, bukan saja wanita yang bekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, bahkan wanita yang sediada bekerja dari rumah dan surirumah juga ada yang laluinya juga. 






Paling utama:
Nikmati saat ini dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan harapan. Jangan bertangguh kerana kita tidak tahu sampai bilakah usia masih dikandung badan. Nikmati setiap saat bersama keluarga. Jika perlukan bantuan, beritahu saja. Mungkin mereka tak tau apa yang kita perlukan. Jangan pendam. Bahaya! Kita bukan robot. Kita perlukan bantuan dan support system daripada orang disekeliling kita, terutamanya suami dan anak-anak. InsyaAllah, jika dilakukan bersama-sama, kita akan rasa beban yang kita tanggung berkurangan. Ia juga dapat memupuk rasa tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan ahli keluarga untuk sama-sama buat kerja rumah.



Selalu ingat, happy wife, happy family! Till then, semoga tips yang CikHas kongsikan ini memberikan manfaat buat kita semua. Sama-samalah kita nikmati peluang untuk bersama keluarga dan pasangan di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik lagi. Dah tak lama nak raya kan, jadi bolehlah mulakan misi mengemas rumah bersama-sama dan buat biskut raya bersama-sama. Eh pandai keee? Hihihi. Takper, buat jer apa-apa yang boleh dibuat bersama-sama. Seronok tau. Cubalah! 
Hi uols!
Dalam previous entry, CikHas dah share tentang NAFURA English Pear Head to Toe Bath & Shampoo. Harganya RM24 sahaja! Nak beli, boleh Whatsapp CikHas tau. 


Ini pula, CikHas nak share tentang lagi 1 produk NAFURA yang sangat best dan mesti jugak uols miliki, lebih-lebih lagi bagi uols yang guna Meeracle Foundation. Ini bolehlah kita katakan sebagai pelengkap kepada pemakaian Meeracle Foundation jika uols nakkan hasil yang lebih kebabomm dia punya tahap gojes tu :)


Presenting...

NAFURA Lumiere Loose Powder







Apa yang menariknya dan kelebihan NAFURA Lumiere Loose Powder?

  • Translucent finish yang sesuai untuk semua tona kulit
  • Halus dan kemasan satin
  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Tidak menyumbat pori-pori
  • Efek mencerahkan tona kulit
  • Bebas paraben
  • Dikilangkan di Korea






Antara feedback pengguna NAFURA Lumiere Loose Powder.


Harga Asal:
RM65


Harga PROMOSI:
RM58.50 sahaja!


Stok terhad dan promosi hanya untuk tempoh terhad sahaja.

Dapatkan sekarang, NAFURA Lumiere Loose Powder.
Hubungi 
CikHas:
Siapa yang pernah gunakan perfume Joe Malone English Pear & Freesia, pasti akan terpikat dengan haruman perfume mewah tersebut. Baunya semerbak dan cukup mendamaikan. Harganya pun ehemm ehemmm... pepaham jer lah yer :P


Mungkin uols terfikir, bestnya kalau dapat 'mandi' perfume sewangi dan semewah Joe Malone English Pear & Freesia. Bayangkan bila dah seharian letih uruskan kehidupan harian atau nak mulakan hari baru. Saat mandi kita dapat luangkan 'me time' walaupun sekejap dengan mandi dan bersyampu dengan bauan mewah dan sewangi Joe Malone English Pear & Freesia. Masa mandi adalah masa berharga untuk kita jaga dan belai diri kita, bukan saja setakat bersihkan seluruh badan agar kembali segar, rasa sangat bersih dan bersemangat, malah ia adalah masa berkualiti untuk diri kita sendiri. 




Memahami kehendak ini, CikHas nak kenalkan kat uols, produk mandian head to toe bath yang dapat realisasikan impian uols untuk membersihkan seluruh badan dengan bauan wangi dan ekslusif seperti Jo Malone English Pear & Freesia perfume. Eh, biar betul CikHas, jangan mainkan perasaan weols. Haa gitu bermonolog!


Yer uols, takkanlah CikHas tergamak mempermainkan perasaan uols. Sebab CikHas pun pompuan kan, mestilah keinginan tu sama jer, nak mewangi, bersihkan diri dan jaga penampilan dengan cara terbaik, tapi kalau boleh nak sejimat yang mungkin. Cost effective dan bijak berbelanja ikut kemampuan gitu. Inilah ciri-ciri isteri mithali hehe. 


Dengan harga RM24 sahaja uols! Dah boleh mandi dan berwangi-wangian ala-ala orang ado-ado gitu tanpa rabakkan poket. Wow sangat ni. Kenapa? Tak percaya? Eh, mesti percaya tau. Ini betul-betul... bukan cobaannnn.


Inilah dia... 

Nafura English Pear 
Head to Toe All Body 
Shower & Shampoo
  

Inspired by the famous Joe Malone perfume, yang sebenarnya boleh dijadikan syampu or foam bath. Ia memudahkan untuk travel. Tak payah sumbat banyak benda, mandian asing, syampu asing... dengan Nafura Bath Body & Shampoo, just bawak 1 botol ni saja dah cukup. Boleh guna seisi keluarga. Dah guna ni, sekeluarga bau sedondon gitu :)


Baunya melekat kat badan dan rambut tau, memang heaven sangat rasanya semasa dan selepas mandi. Rasa nak cium badan dan rambut sendiri ajer, maklumlah dah wangi semerbak kan. Mood pun rasa best jer. Yer lah, kan wangian adalah antara cara terapi diri dan minda. Jadi, inilah cara dan masanya untuk kita belai diri kita dan keluarga kita. Harganya sangat berbaloi-baloi. Buihnya pun banyak, just sekali dua pump pun dah cukup untuk guna. Kalau guna sponge mandian, lagi banyak buih dia tau. Best giler tau!


NAFURA English Pear Bath to Toe Shampoo  mengandungi:
  • Witch hazel
  • Aloe Barbadensis Leaf Juice
  • Bengkoang Extract


Berminat nak cuba NAFURA English Pear Bath to Toe Shampoo, boleh:
KLIK SINI. 
Bila memilih foundation, khususnya yang jenis liquid, mungkin kita rasa risau samada ia sesuai ke tidak dengan warna kulit kita. 


Tone warna sesuai ke tak? Selesa ke tidak memakainya? Bercapuk ke tidak bila pakai jika keadaan cuaca panas dan kita mulai berpeluh? Atau, mungkin kita jenis suka lap-lap muka boleh jadi sapuan tu dah tak sekata dan sememeh. 


Alahai, dilema sungguh nak pilih foundation yang sesuai dengan kulit kita sebagai wanita Asia... tapi nak kelihatan cantik! Macam mana ni? 


Okey, tak perlu risau uols. CikHas boleh bantu korang selesaikan dilema-dilema ni. Macam mana tu? Hmmm... semestinyalah dengan menggunakan Meeracle Foundation atau nama penuh dia Amethyst Lustre Gemstone Foundation. 

Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle mempunyai 3 tona warna:

  • Light Radiant: Sesuai untuk yang berkulit cerah
  • Medium Stunning: Sesuai untuk yang berkulit sawo matang
  • Deep Precious: Sesuai untuk yang berkulit lebih gelap dari sawo matang


Kenalpasti kulit uols dalam kategori mana satu, then bolehlah decide tona warna yang mana sesuai. ATAU... uols boleh juga campur warna. Blend the colors untuk hasilkan tona warna yang uols sukai dan dirasakan sesuai dengan tona warna kulit uols atau tema make-up yang diinginkan. 




Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle memberikan litupan sempurna (full coverage). Sebab itulah hasil pakai foundation Meeracle ni, kulit wajah kita nampak flawless jer. Apply loose powder dan blusher selepas pakai Foundation Meeracle akan jadikan wajah uols nampak berseri-seri ajer. Yang penting, ia tak bercapuk dan boleh tahan sehingga 8 jam. Haa, best kan!



Bila pakai Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle, akan jadikan wajah kelihatan berseri-seri (glowing) tanpa kelihatan berminyak. Siapa pernah pakai foundation yang muka jadi berminyak tu, tau laa camner rasa azabnya tu. Rasa macam boleh buat cermin muka tu haa masa berminyak. Rimas takyah cakap la, rasa macam pelik jer. Dengan Foundation Meeracle ni, uols takyah risau dah. Maintain jelita gitu :)


Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle mempunyai pelbagai kebaikan untuk kulit iaitu:
  • Ekstrak Batu Permata Amethyst
  • Centella Asiatica
  • Minyak Zaitun
  • Vitamin E
  • Lecithin



Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle mampu melindungi kulit uols dari pancaran sinar UVA dan UVB kerana ia mempunyai SPF 30 ++++. Tak perlu risau dah kalau terlebih kena cahaya matahari takut sunburn kan. Dok rumah pun sesuai pakai Foundation Meeracle ni. Sinar UVA dan UVB boleh menembusi sampai dalam rumah tau. Kalau masa masak pun sama, panas dan bahang masa memasak pun boleh sebabkan kulit wajah kita bermasalah.  


Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle ni rasa ringan di wajah. Itu yang buatkan kita rasa selesa macam tak pakai apa-apa. Wajah pun nampak natural ajer. Memang best giler Foundation Meeracle ni. Bila pakai, ia boleh berikan hasil make-up yang bebas cela. Dia ala-ala concealer jugaklah senang cakap. Mana nak dapat foundation best cenggini haaa? 2 in 1 dia punya functions tu. Tu yang CikHas dan sesiapa jer lah yang dah guna Amethyst Lustre Gemstone Foundation Meeracle mesti fall in love sangat!







PROMOSI ISTIMEWA RAYA 


Let's Cantik This Raya with Meeracle


Whatsapp CikHas segera kerana stok adalah terhad!
Promosi Raya Meeracle Foundation

Promosi Raya Foundation Meeracle

Harga asal: 
RM89

Harga Promosi Raya: 
RM59 sahaja! 

Stok Terhad. 


* Tahan sehingga 5 bulan ke atas 
(bergantung pada kekerapan dan cara pemakaian) 


Jom flawless di pagi raya dengan Foundation Meeracle dan membelinya pada harga yang sangat jimat! 

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.


Whatsapp CikHas sekarang!
CikHas

PROMOSI RAYA MEERACLE FOUNDATION:




Salam sejahtera semua. CikHas harap semuanya sihat dan dalam keadaan baik saja. 


Okey, dalam previous entry, CikHas dah share dengan uols tentang Apakah Kelebihan Meeracle Gemstone Foundation. Macam mana, dah beli ke belum ni? 



Kalau belum beli, tunggu dulu jap, baca entry yang CikHas nak tulis ni, kemudian barulah order dengan CikHas tau, sebab CikHas nak bakorr lagi uols dengan satu lagi produk Meeracle, yang akan jadi 'pelengkap' Meeracle Gemstone Foundation, iaitu Meeracle Pro Face Applicator. Nanti, boleh beli sekali harung kedua-dua produk ni dengan CikHas tau :P


Haaa, uols pernah tak berangan nak terer make-up macam pro gitu. Seronok sangat kan tengok tutorial make-up yang orang buat. Lagi-lagi kalau tengok instafamous buat tutorial make-up. Muda-muda lagi dah pro make-up. Kadang tengok dorang make-up ringkas jer, tapi hasil dia wowww! Eh, kita pun boleh tau! Meh sini, CikHas pecahkan rahsia dan tips macam mana nak make-up like a pro, haa gitu :)



Caranya mudah ajer, uols hanya perlukan 2 produk cosmetics Meeracle iaitu:

  1. Meeracle Gemstone Foundation 
  2. Meeracle Pro Face Applicator


Jadi, inilah dia produk RAHSIA kombinasi serasi yang saling melengkapi antara satu sama lain untuk bantu uols bermake-up like a pro! 


Sebab tu CikHas cakap tadi, kedua-dua produk ni akan melengkapi antara satu sama lain. Inilah dia rahsia dan tips nak make-up like a pro. 




Macam mana Meeracle Pro Face Factor membantu hasilkan sapuan foundation yang jadikan hasil kita pakaian foundation tu wowww like a pro? Caranya begini:




Meeracle Pro face Applicator:
  • Sangat mudah meratakan foundation di wajah.
  • Dengan tekstur yang lembut, solekan akan jadi lebih licin & mudah tanpa kesan capuk.
  • Mempunyai permukaan yang rata & tajam bagi memudahkan sapuan di bahagian-bahagian tertentu seperti bawah mata & hidung.
  • Mudah dicuci & boleh diguna semula.
  • Tidak mudah terhakis.
  • Lebih besar dari span biasa


Nampak span dia sangat lembut dan halus, kan?



Ini apa pulak ni? Bekas berlubang-lubang gini?

Ini ialah Beauty Defender untuk kita letakkan span Pro Face Applicator.
Fungsi lubang-lubang atasnya tu adalah untuk memberi pengudaraan kepada applicator ketika basah agar cepat kering.



Beauty Defender:
  • Bekas anti-microbial yang direka khas untuk applicator.
  • Memudahkan penyimpanan applicator.
  • Menjaga kondisi atau bentuk span applicator.
  • Melindungi applicator dari terdedah kuman & kotoran.
  • Tempat menyimpan applicator ketika masih basah atau selepas digunakan.



Nak cuba? Boleh contact CikHas. Don't panic & Let's Cantik with Meeracle and also with CikHas!

Whatsapp tau.
Syukur Alhamdulillah, CikHas tersenarai Top No 2 untuk challenge Top Achievers (Februari - April 2020)


Tq all my team #MeeracleEmpireByCikHas dan tahniah untuk semua yang tersenarai dan yang tak tersenarai pun. Kita semua adalah winner. Selagi mana kita terus berjuang dalam bisnes Meeracle ni, selagi itu kita adalah winner! 


Seperti CikHas pernah tulis dalam previous entry, bisnes adalah sebuah perjalanan. Ia bukanlah perlumbaan. Siapa yang kekal dalam perjalanan itu, sehingga sampai ke destinasi, tak kiralah cepat atau lambat, mereka itulah juara! Yang penting, jangan putus asa. Kita dah berada dalam bisnes yang kukuh, produk yang sangat bagus, support sistem yang kukuh dan founder/stokis/leader/dan seluruh team yang akan sama-sama buat bisnes ni. 

Terima kasih yang tak terhitung nilainya buat BD Norsilawati Mohamad dan all geng Diamond, Ruby, Pearl & Dropship ♥️



Percaya dengan apa yang kita buat. Fokus, fokus dan terus fokus. 😍  Teruskan melangkah dan berjuang, hingga kita sama-sama sampai ke puncak kejayaan bersama Meeracle. 


Ingin jadi sebahagian daripada Meeracle Empire byCikHas? Boleh! Hubungi CikHas tau. InsyaAllah, i will guide you along the way. Kita buat sama-sama. Kita capai impian sama-sama. Dan, kita boleh berjaya bersama-sama Meeracle! One single step yang uols perlu buat untuk bermula dengan bisnes Meeracle, ialah just click whatsapp link di BAWAH:
Meeracle Empire byCikHas
Surirumah zaman sekarang, memang tak betah takder income sendiri kan? Kalau boleh kita nak ada income sendiri dengan berbisnes tanpa perlu keluar rumah. Selain tu, kalau boleh kita nak bisnes yang perlu keluarkan modal minimum saja, atau kalau takder modal langsung pun lagi best. 


Tapi, jangan ler pulak modal kecik, usaha pun kecik jer. Alahai, tak ke mana bisnes macam tu. Itu orang kata hot-hot chicken sh*t. Biar modal kecik, yang penting usaha tu besar dan setinggi bintang di langit dan make sure dari modal kecik tu kita beranak-pinak-bercucu-bercicit-berpiut-miut (eh ada ke istilah ni haha, CikHas belasah jer lah!) jadi income yang tak terjangkau kita boleh dapat dengan title kita sebagai surirumah yang berbisnes dari rumah.




Don't judge the book by it's cover tau dengan kuasa dan kemampuan surirumah buat income besar dari rumah. Malah boleh dapat 6, 7 angka income bersih sebulan (bukan sales yer, tapi net income). Dalam bisnes Meeracle dah ramai surirumah yang dapat income 'gemuk' dengan bisnes yang ohsem giler ni. 


Tumpang lalu sikitt :)


TAPI... macam mana nak bisnes sebab ye lah, biasanya kan surirumah ni selalunya harapkan duit dari suami, atau ada la saving sikit-sikit kan (CikHas tak maksudkan semua tau, tapi sebagai contoh dan kebiasaannya beginilah situasi dihadapi surirumah). Dah tu, mana nak cekau modal nak mula meniaga huhu. 


Takper uols, jangan risau, ni CikHas nak share dengan uols tentang peluang dan cara bisnes yang boleh surirumah buat dengan modal minimum dan cara kerja bisnes tu sesuai sangatttt dengan rutin seorang surirumah. Haaa, tinggal nak mulakan dan buat ajer!


Salah satu cara bisnes yang boleh dimulakan oleh surirumah dengan modal kecik ialah bisnes secara Dropship.


Apakah bisnes Dropship?
Kita tengok gambar ni untuk lebih mudah faham gitu. 


Image result for konsep bisnes dropship
Sumber: Google Image


Senang jer konsep Dropship ni. Ia sesuai untuk surirumah yang nak jana pendapatan sendiri dengan:

- Modal minimun
- Tak perlu keluar rumah untuk pos
- Tak perlu beli dan simpan stok
- Tak perlu bungkus parcel
- Tak perlu topup modal




Uols hanya perlu mempromosi dan uruskan sales dan bayaran dengan customer dan agent/reseller uols. Mudah kan? 


Dengan bisnes Dropship, uols boleh jana pendapatan dari rumah dan di mana saja bermula dari 1,2, 3, 4, 5,6 angka dan seterusnya bergantung pada rezeki dan USAHA uols! There is no limit! Terpulang berapa angka income yang korang nak, then just DU-IT (do it). 


Yang bestnya dalam bisnes secara Dropship ni, ia adalah permulaan untuk uols mula berbisnes. Biasanya yang belum ada pengalaman bisnes online, memang digalakkan jadi Dropship dulu. Tak perlu nak terus jadi agent atau stokis. Boleh tu boleh, tapi seeloknya mula dari bawah dulu. Along the way sebagai Dropship tu, itulah masa dan peluang untuk cari income, belajar selok-belok bisnes, belajar tentang produk, kaut sebanyak mana ilmu dan pengalaman. Mula bina trust daripada prospek di channel pemasaran online dan juga offline.


Masa ni, prospek bukan saja nampak kita sebagai seller, tetapi mereka akan mula bina kepercayaan (trust) untuk jadi sebahagian daripada team bisnes kita. Masa mula bisnes sebagai Dropship tu, kita dah boleh bina target dan matlamat untuk naik level demi level dalam bisnes. Contohnya dari:

  • Dropship
  • Agent
  • Up level Agent lagi
  • Up level Agent lebih tinggi lagi
  • Stokis


Bina team atau empayar. Sebab, orang kata... jika nak berlari sorang-sorang ni penat nak pecut. Berlarilah dalam team, lari secara bergilir-gilir untuk sampai ke destinasi. Sama-sama berjuang dan sama-sama berjaya. Nak bina team, kena bermula dari diri kita sorang dulu. Takder short-cut tiba-tiba dah beratur orang nak join team kita. Ini mungkin ada, tapi rare sangat, atau mungkin uols adalah public figure/instafemes/individu berpengaruh gitu, haaa mungkin ya. Tapi kalau rakyat marhaen (macam CikHas sendiri la contohnya haha), kena bermula dari bawah.


Langkah demi langkah sebagai Dropship yang bisnes dengan modal minimum, kita boleh mula bina empayar bisnes. Bermula sebagai Dropship, bermakna kita dah mulakan langkah untuk pergi lebih jauh dalam bisnes. 



Boleh baca Pencapaian CikHas bersama Meeracle kat SINI.


Untuk itu, CikHas nak share peluang bisnes Meeracle bersama Agent TeamCikHas. Boleh bermula dengan Dropship. InsyaAllah, CikHas akan guide korang untuk berjaya dan dapat apa yang CikHas dah dapat dengan Meeracle. Boleh contact CikHas untuk maklumat lanjut, takyah segan-segan tau. Okey, CikHas tunggu untuk bergandingan dengan uols dalam bisnes Meeracle. 
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS


About me

About Me

'CikHas sangat suka dengan kecantikan. Suka tengok wanita-wanita kat luar sana sentiasa cantik dan gojes gitu. Pada CikHas, penampilan wanita tu sangat penting. Sebab tu bisnes pun ke arah kecantikan juga. Do what we love, love what we do. SELAMAT DATANG KE BLOG CIKHAS.

- Hasanah Hasrin / CikHas -


recent posts

Most Popular

  • Senarai Agent TeamCikHas
    Anda boleh dapatkan produk Meeracle melalui CikHas atau melalui Agent TeamCikHas seperti yang CikHas senaraikan di bawah.  Agent Ruby...
  • Moment Kenangan CikHas Bersama Founder Meeracle - Puan Meera Nordin
    Adakalanya, bila CikHas imbas kembali kenangan sepanjang jalankan bisnes Meeracle lebih kurang 3 tahun ni, rasa macam mimpi jadi kenyataan...
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
     TERBARU DARI MEERACLE! MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0 Dapatkan secara PERCUMA  dengan setiap pembelian bernilai RM99 ke atas. *sementara ...
  • Welcome to Blog CikHas
    Assalamualaikum. Salam perkenalan dan selamat datang ke blog CikHas: Meeracle Empire byCikHas . Nama saya Hasanah Hasrin. Panggilan m...
  • Meeracle Under The Sea Scrub
    Meeracle Under the Sea Scrub Is coming soon. T U N G G U !!!
  • Jana Income dari Rumah dengan Meeracle
    Adakah anda surirumah sepenuh masa? Jom!  Jana income hanya dari rumah dengan: MEERACLE Kenapa Meeracle adalah pilihan ...
  • RAHSIA KULIT GLOWING DAN ANJAL MACAM ORANG KOREA?
    Korang nak tau rahsia kulit glowing dan anjal macam orang Korea? Haaa... meh sini, CikHas pecahkan rahsianya untuk korang. Jangan cakap akak...
  • Contact Me
    Anda boleh contact dan follow CikHas melalui whatsapp dan channel di bawah: Hasanah Hasrin Meeracle Stokis Johor Bahru & Meer...
  • T E A S E R... Si Merah Yang Pasti Menggegarkan Pasaran Skin Care di Malaysia!
    Salam semua.  Lama CikHas tak bersiaran kat sini. Alhamdulillah, CikHas sekeluarga sihat walafiat. Semoga korang juga sentiasa sihat. Alhamd...
  • MEERACLE Year End Sale 2020!
      Year End Sale MEERACLE! Kita dah sampai ke penghujung tahun 2020. Kini, MEERACLE sedang mengadakan Year End Sale 2020. Apakah produk yang ...

CATEGORIES

  • AGENT TEAMCIKHAS
  • BUSINESS JOURNEY
  • Bisnes Dari Rumah
  • Cara Guna Produk Meeracle
  • Cleanser Meeracle
  • Dropship Meeracle
  • Foundation Meeracle
  • L'FEMME COSMETIC MEERACLE
  • LIFESTYLE
  • Leader CikHas
  • Luxury Cleansing Milk
  • MEERACLE AMETHYST LUSTRE GEMSTONE FOUNDATION
  • MEERACLE FACIAL CLEANSER
  • MEERACLE FACIAL SERUM
  • MEERACLE LIPSTIK
  • MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK
  • MEERACLE PRO FACE APPLICATOR
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
  • MEERACLE UNDER THE SEA
  • MEERACLE UNDER THE SEA MOISTURIZER
  • MEERACLE UNDER THE SEA SCRUB
  • MEERACLE UNDER THE SEA TONER
  • MEERACLE Under The Sea Facial Sheet Mask
  • MEERACLE Under the Sea (Travel Set)
  • Meeracle Empire byCikHas
  • Moisturizer Meeracle
  • NAFURA ENGLISH PEAR HEAD TO TOE SHOWER & SHAMPOO
  • NAFURA LUMIERE LOOSE POWDER
  • PROMOSI
  • Pakej Agen Meeracle
  • Peluang Bisnes Meeracle
  • Pencuci Wajah Meeracle
  • Pro Face Applicator
  • Produk Meeracle
  • REGINA BAG
  • Scrub Meeracle
  • Senarai Agent Meeracle
  • Serum Meeracle
  • Stainless Steel Tumbler
  • Surirumah Berpendapatan
  • TESTIMONI PRODUK MEERACLE
  • TIPS KECANTIKAN
  • The Sash Beauty
  • Tips Jaga Kulit Wajah
  • Toner Meeracle

Blog Archive

  • March (1)
  • February (4)
  • April (1)
  • December (4)
  • November (16)
  • October (20)
  • September (14)
  • August (15)
  • June (2)
  • May (13)
  • April (13)
  • March (16)

Created with by beautytemplates