Apakah Kelebihan Meeracle Gemstone Foundation

by - May 01, 2020

Bagi setiap wanita, biasanya mesti ada sekurang-kurangnya 1 jenis foundation. Dan ada juga yang jenis suka beli dan guna macam-macam jenis foundation. Tak tau lah memang hobi shopping foundation atau saja nak cuba guna dan tukar-tukar guna. Apa pun, terpulanglah pada setiap individu kan. Yang penting, setiap foundation yang kita gunakan tu tak memudaratkan atau merosakkan kulit wajah. 


Macam CikHas, sejak dah guna Meeracle Gemstone Foundation, atau nama penuh dia Meeracle Amethyst Lustre Gemstone Foundation, CikHas tak berpaling kasih dah dengan foundation brand lain. Setia guna Meeracle Gemstone Foundation ni. Hari-hari pakai even dok kat rumah pun rasa selesa ajer, sebab tekstur dia sangat ringan, rasa macam tak pakai apa-apa kat muka, tapi bila tengok cermin, ehh siapakah wanita jelita di dalam cermin ini... hihihi.



Meeracle Gemstone Foundation ada 3 pilihan code warna yang sesuai untuk kulit wajah wanita Asia. Jadi, uols tak perlu risau, ada ke tidok warna yang sesuai dengan tone kulit uols. Ni CikHas listkan 3 code warna tersebut untuk mudahkan uols buat pilihan ikut tone warna kulit uols. Oh ya, dari 3 warna ni, boleh juga campur warna, untuk buat shading. Itu atas skill dan kreativiti uols dalam bermake-up. Boleh jer trial & error. Make-up ni kan seni jugak, tak salah mencuba. Nak cuba tetiga tone warna ni pun boleh. Guna dan sesuaikan ikut situasi/tempat/event yang kita nak pergi atau tema make-up yang kita nak buat tu. 



3 code warna Meeracle Foundation:
  • Light Radiant
  • Medium Stunning
  • Deep Gorgeous


Apa pulak kelebihan Meeracle Gemstone Foundation ni? Okey, sini CikHas listkan dan terangkan secara ringkas untuk uols yang sangat CikHas sayangi :)


Kelebihan Meeracle Gemstone Foundation:


1. Bedak asas yang mudah dipakai
Bagi uols yang belum biasa pakai foundation atau bedak asas dalam bentuk cecair, uols wajib cuba Meeracle Gemstone Foundation, sebab ia sangat mudah dipakai. Sapu pakai jari boleh atau nak sapu guna Meeracle Pro-Face Applicator pun boleh. Ia mudah jadi sekata pada wajah dan tak nampak bercapuk. Sangat mudah nak pakai! 


2. Bedak asas yang ringan pada wajah
Macam CikHas bagitau awal tadi kan, bila pakai Meeracle foundation ni, rasa ringan macam tak sapu apa-apa kat kulit muka. Rasa ringan giler. Bagi uols yang ada pengalaman pakai foundation yang rasa macam tebal bertepek melekat kat wajah tu, tau la rasa rimas tu macam mana. Padahal sapu dah tak tebal, sedang elok dah, tapi disebabkan tekstur yang 'berat', maka kita rasa tak selesa. Yer, sampai tahap rasa nak cepat-cepat cuci muka, eh rimas tau! Tapi, dengan Meeracle Gemstone Foundation, takder dah masalah rasa muka 'berat' camtu. Rasa ringan macam tak pakai foundation. 


3. Bedak asas seperti kulit wajah sendiri
Dengan pilihan 3 tone warna yang CikHas sebutkan kat atas tadi tu, iaitu Light Radiant, Medium Stunning dan Deep Gorgeous yang dicipta khas agar sesuai dengan tone warna kulit wanita Asia. Jadi, tidok ler jadi masalah: ''Eh, muka putih tangan hitam!'' sebab uols boleh pilih tone warna yang sesuai dengan warna kulit uols. Jadi, bila dah pakai foundation Meeracle ni, nampak natural gitu. 


4. Menjadikan kulit wajah berseri secara semulajadi
Memiliki kulit wajah yang nampak berseri semulajadi semestinya jadi idaman wanita, kan? Ia jadikan wajah kita nampak fresh, natural look dan berseri-seri. Bila kita make-up pun, memadai dengan tambahan make-up sikit-sikit ajer pun dah nampak wowww gitu. Sebab tu ramai wanita yang bersederhana dalam penampilan diri pun suka sangat dengan Meeracle Gemstone Foundation. 


5. Menjadikan kulit anda bersinar (glowing)
Glowing! Ini memang jadi idaman wanita. Nak kulit wajah nampak bersinar, uols mesti gunakan Meeracle Gemstone Foundation.


6. Water-proof
Meeracle Gemstone Foundation adalah bedak asas cecair yang sangat berkualiti dan water-proof. Ia tahan sehingga 8 jam dan wajah tak jadi bercapuk. 


7. Full coverage & SPF 30 PA++++ UV, UVB
Sangat sesuai untuk kulit wajah wanita Asia dan cuaca di Asia. Dok rumah pun kena pakai produk yang ada SPF tau, so bolehlah pakai Meeracle Gemstone Foundation di rumah juga. 


8. Kandungan bahannya membantu mengekalkan kesihatan kulit wajah dan selamat digunakan.
Ini ialah antara ciri yang sangat diambil berat oleh syarikat Meeracle. Meeracle Gemstone Foundation adalah produk  yang selamat. Tak perlu uols risau nak gunakan, ia BUKAN produk timbang kilo ye. Kandungan bahannya adalah daripada bahan-bahan yang sangat istimewa yang bukan saja menjadikan hasil pemakaian foundation jadi cantik, tapi ia membantu mengekalkan kesihatan kulit wajah. Jadi, dengan Meeracle Gemstone Foundation ni, cantik uols dapat, kulit sihat pun uols dapat. Best giler kan!




CikHas ada nak bagitau berita gembira buat uols yang nak beli Meeracle Gemstone Foundation. Jeng jengg jengggg!!!



PROMOSI ISTIMEWA!
MEERACLE GEMSTONE FOUNDATION

Daripada RM89 kepada RM59 sahaja 


Cepat rebut peluang keemasan ni. Banyak giler tu dapat less! For a limited time only tau. So, cepat-cepat Whatsapp CikHas sebelum offer ni HQ tamatkan. So, grab sekarang!

You May Also Like

0 Comment