NAFURA ENGLISH PEAR Bath to Toe Shampoo

by - May 06, 2020

Siapa yang pernah gunakan perfume Joe Malone English Pear & Freesia, pasti akan terpikat dengan haruman perfume mewah tersebut. Baunya semerbak dan cukup mendamaikan. Harganya pun ehemm ehemmm... pepaham jer lah yer :P


Mungkin uols terfikir, bestnya kalau dapat 'mandi' perfume sewangi dan semewah Joe Malone English Pear & Freesia. Bayangkan bila dah seharian letih uruskan kehidupan harian atau nak mulakan hari baru. Saat mandi kita dapat luangkan 'me time' walaupun sekejap dengan mandi dan bersyampu dengan bauan mewah dan sewangi Joe Malone English Pear & Freesia. Masa mandi adalah masa berharga untuk kita jaga dan belai diri kita, bukan saja setakat bersihkan seluruh badan agar kembali segar, rasa sangat bersih dan bersemangat, malah ia adalah masa berkualiti untuk diri kita sendiri. 




Memahami kehendak ini, CikHas nak kenalkan kat uols, produk mandian head to toe bath yang dapat realisasikan impian uols untuk membersihkan seluruh badan dengan bauan wangi dan ekslusif seperti Jo Malone English Pear & Freesia perfume. Eh, biar betul CikHas, jangan mainkan perasaan weols. Haa gitu bermonolog!


Yer uols, takkanlah CikHas tergamak mempermainkan perasaan uols. Sebab CikHas pun pompuan kan, mestilah keinginan tu sama jer, nak mewangi, bersihkan diri dan jaga penampilan dengan cara terbaik, tapi kalau boleh nak sejimat yang mungkin. Cost effective dan bijak berbelanja ikut kemampuan gitu. Inilah ciri-ciri isteri mithali hehe. 


Dengan harga RM24 sahaja uols! Dah boleh mandi dan berwangi-wangian ala-ala orang ado-ado gitu tanpa rabakkan poket. Wow sangat ni. Kenapa? Tak percaya? Eh, mesti percaya tau. Ini betul-betul... bukan cobaannnn.


Inilah dia... 

Nafura English Pear 
Head to Toe All Body 
Shower & Shampoo
  

Inspired by the famous Joe Malone perfume, yang sebenarnya boleh dijadikan syampu or foam bath. Ia memudahkan untuk travel. Tak payah sumbat banyak benda, mandian asing, syampu asing... dengan Nafura Bath Body & Shampoo, just bawak 1 botol ni saja dah cukup. Boleh guna seisi keluarga. Dah guna ni, sekeluarga bau sedondon gitu :)


Baunya melekat kat badan dan rambut tau, memang heaven sangat rasanya semasa dan selepas mandi. Rasa nak cium badan dan rambut sendiri ajer, maklumlah dah wangi semerbak kan. Mood pun rasa best jer. Yer lah, kan wangian adalah antara cara terapi diri dan minda. Jadi, inilah cara dan masanya untuk kita belai diri kita dan keluarga kita. Harganya sangat berbaloi-baloi. Buihnya pun banyak, just sekali dua pump pun dah cukup untuk guna. Kalau guna sponge mandian, lagi banyak buih dia tau. Best giler tau!


NAFURA English Pear Bath to Toe Shampoo  mengandungi:
  • Witch hazel
  • Aloe Barbadensis Leaf Juice
  • Bengkoang Extract


Berminat nak cuba NAFURA English Pear Bath to Toe Shampoo, boleh:

You May Also Like

0 Comment