Set Gojes Di Hari Raya Aidilfitri Bersama Meeracle
''Satu hari di hari raya. Ku lihat cahaya bersinar indah. Langit cemerlang tak terkira. Tanda kuasa yang Maha Esa. Memberi nikmat pada manusia.''
Amboi, awal nyanyi lagu raya uols :P
Baru hari ke-4 kita berpuasa yer, tapi dah ada yang dok pasang lagu raya hihi. Takper, ok jer... mana-mana je asalkan kita rasa happy nak jalani kehidupan harian, lebih-lebih lagi pada musim PKP ni. Nak nyanyi dalam rumah dan sekitar rumah takper, jangan nak ke sana ke sini, ke sana sini... sudah la ye dok. Kang sesia kena beraya kat sebalik tirai besi. Haa, itu bukan lagi Satu Hari di Hari Raya, tapi dah jadi Tragedi Di Hari Raya. Naya!
Okey, sebenarnya CikHas nak share dengan uols harini tentang Set Gojes Meeracle yang boleh bantu uols tampil gojes dengan kulit wajah yang berseri-seri menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. Sempat sangat lagi tau. Tapi kenalah mula beli ASAP, lagi-lagi yang kena pos tu kan. Risau lambat pulak order uols sampai. Kang tak sempat nak ber-gojes di hari raya dengan Meeracle.
Tapi, jangan risau, CikHas dan Agent TeamCikHas ada di mana-mana saja kat Semenanjung ni. Mana-mana yang boleh COD, kami akan terus COD. Uols boleh KLIK SINI untuk dapatkan contact Dropship dan Agent team CikHas yang berdekatan dengan uols. Yang area JB, boleh terus Whatsapp CikHas
Tapi, jangan risau, CikHas dan Agent TeamCikHas ada di mana-mana saja kat Semenanjung ni. Mana-mana yang boleh COD, kami akan terus COD. Uols boleh KLIK SINI untuk dapatkan contact Dropship dan Agent team CikHas yang berdekatan dengan uols. Yang area JB, boleh terus Whatsapp CikHas
Apa senarai produk yang terdapat dalam Set Gojes Hari Raya Aidilfitri bersama Meeracle? Okey sini CikHas sertakan gambarnya dan list-kan sekali produk-produk tu.
- Meeracle Facial Cleanser
- Meeracle Facial Serum
- Meeracle Under the Sea Toner
- Meeracle Under the Sea Moisturizer
- Meeracle Gemstone Roller
Mulakan rutin penjagaan kulit wajah dengan Set Gojes di Hari Raya Aidilfitri bersama Meeracle ni dengan seawal yang boleh untuk dapatkan hasil yang lebih woww gitu. Guna ikut aturan penggunaan (CikHas dan team akan guide uols!), dan pastikan guna dengan konsisten. Haa, nak kulit wajah sihat, glowing, berseri-seri... mestilah kena guna dengan konsisten dan cara yang betul.
Kalau nak tambah produk lain pun buleh, iaitu dari rangkaian Meeracle Cosmetics & Meeracle Skincare. Boleh selit order sekali. Contohnya katakan nak pakai Meeracle Foundation dan nak gunakan sekali dengan Meeracle Pro Face Applicator pun boleh order sekali harung. Maklumlah, musim PKP dan nak raya ni, kena cepat-cepat order dan lambak sekali apa perlu dibeli dalam 1 parcel. Haa gitu. Dah alang-alang beli tu kan, apa salahnya beli terus sekaligus.
Jom gojes di Hari Raya Aidilfitiri nanti. Takpelah kalau kita beraya dalam rumah jer pun kan. Bersiap pakaian raya, bermake-up dan posing tetap kena buat kan! Dah namanya meraikan hari kemenangan kita menjalani ibadah Ramadan. Dan semestinya kita nak jadikan Hari Raya sebagai kenangan buat kita seisi keluarga dan orang-orang tersayang nanti.
Dengan Set Gojes Meeracle, InsyaAllah... berseri-seri kita di Hari Raya Aidilfitri nanti! Okey, itu saja untuk kali ni. Terus contact CikHas tau.
0 Comment