Cara Kenalpasti Jenis Kulit Wajah

by - April 29, 2020

Hai uols. Apa khabar semuanya? CikHas doakan semoga all is well. Harini jom kita sembang pasal kulit wajah. Haa gitu, wanita dan kecantikan berpisah tiada. Tak kira keadaan apa pun, kena jaga kecantikan tau, khususnya kecantikan kulit wajah. 

Okey, nak tanya uols ni. Pernah tak kulit muka kita tiba-tiba tumbuh jerawat, jadi merah-merah, berminyak, atau macam-macam lagilah masalah yang timbul bila kita start guna satu skincare yg baru? 

Sebenarnya kan, ada 2 sebab kenapa muka kita tetiba breakout bila start pakai product baru. 

Pertama, sebab memang product tu nak keluarkan segala kotoran kat lapisan kulit kita. Sebab tu la kadang-kadang jerawat timbul banyak. Tapi lepas beberapa hari, kulit kita akan start pulih dan masalah-masalah kulit muka akan beransur hilang. Masa ni rasa macam nak lompat bintang jer hihi. Yelah, mana tak happy kan bila kulit dah ada improvements dan dah mula nampak keserasian dengan product baru yang kita guna ni. 


Sebab yang kedua ialah, uols silap pilih skincare! Waaa ini yang paling ngeri ni. Kenapa boleh berlaku? Sebab mungkin uols tak tahu jenis kulit uols tu kering, minyak atau pun sensitif tapi uols main apply je skincare tu tanpa study bahan apa yang sesuai untuk kulit muka uols. Sebab tu la pentingnya untuk kita tahu apa jenis kulit kita.


Untuk pengetahuan uols, kulit wajah ada 5 jenis iaitu kering, berminyak, sensitif, kombinasi dan juga normal.



So, CikHas nak kongsikan sedikit cara untuk kenalpasti jenis kulit wajah kita. Mudah dan ringkas je caranya 🥰

Langkah 1:
Pastikan kulit wajah uols bersih daripada segala make-up dan skincare. So buang semua tu menggunakan makeup remover.

Langkah 2:
Cuci wajah menggunakan pencuci muka.

Langkah 3:
Biarkan kulit wajah uols kering sendiri selama 1-2 jam. Jangan apply apa-apa tau kat kulit wajah.

Langkah 4:
Perhatikan keadaan kulit wajah uols selepas dua jam.

Kulit Normal:
Kulit tak rasa tegang, tak berminyak dan tiada bintik-bintik merah. Tahniah! uols yang kulit normal ni sangat bertuah!

Kulit Berminyak:
Kulit rasa berminyak dan melekit di seluruh kawasan muka. Uols yang ada jenis kulit berminyak ni mostly ada blackheads dan liang pori yg besar.

Kulit Kering: 
Kulit rasa tegang dan kering terutamanya di kawasan hidung dan dahi. Bagi seseorang yang mempunyai jenis kulit kering, mereka mudah untuk mendapat garis halus dan kedutan di wajah. Sebab tu la pentingnya hydration.

Kulit Kombinasi: 
Kulit kombinasi bermaksud kulit yang mempunyai ciri-ciri kulit kering dan kulit berminyak. Kulit berminyak di kawasan hidung, dahi dan dagu tetapi kering di kawasan pipi.

Kulit sensitif: 
Kulit mula gatal-gatal dan kemerahan terutama di bahagian yang ada jerawat.
Haa so macam mana? Uols mesti dah dapat kenalpasti kan jenis kulit muka uols. Bila kita dah tahu jenis muka kita ni mcm mana, senang kita nak cari produk yg sesuai dengan jenis kulit kita. Kalau belum pernah cuba kenalpasti kulit wajah uols jenis yang mana satu, bolehlah cuba apply cara yang CikHas kongsikan ni. Semoga bermanfaat dan jika nak beli produk Meeracle, boleh KLIK SINI. Sampai jumpa lagi! 


Klik: TIPS KECANTIKAN untuk dapatkan lebih banyak Tips Kecantikan yang CikHas kongsikan. Jom cantik-cantik dengan Meeracle! Jangan lupa tau, nak beli produk Meeracle boleh contact CikHas. Nak intai-intai PELUANG BISNES MEERACLE pun boleh. Jom CikHas guide uols macam mana nak buat income dengan produk Meeracle. WA nombor yang CikHas bagi kat atas tu ye. Okey, sekali lagi... sampai jumpa lagi (hihi dah menulis payah pulak nak stop yer!)

You May Also Like

0 Comment