Tips Uruskan Rumahtangga dan Bisnes Online

by - November 03, 2020

 Salam uols.

Harini, CikHas nak share dengan uols beberapa tips uruskan rumahtangga dan bisnes online. 


Yelah, CikHas faham dan dah lalui, macam mana struggle kita nak uruskan kedua-duanya dengan seimbang. Kalau boleh, of course la kita taknak terlalu fokus pada bisnes online sampai abaikan tanggungjawab pada keluarga. Dan, dalam masa yang sama kita nak bisnes online yang kita jalankan dapat kita buat dengan baik.


Kedua-duanya biarlah seiring dan seimbang. Barulah kita dapat berikan sehabis baik buat keluarga dan dalam masa yang sama dapat income dan juga bantu orang lain dapat income dan manfaat daripada produk atau bisnes yang kita buat. 


Tips Uruskan Rumahtangga dan Bisnes Online:


1. Buat To-Do-List 

Sediakan 1 buku nota khas untuk kita tulis To-Do-List untuk esoknya. Tulis pada buku. Ia adalah lebih berkesan dan efficient berbanding kita tulis di hp atau secara 'maya'. Sebab apa tulis pada buku, sedangkan tulis kat hp lagi mudah dan lebih up-to-date gitu, lagi pun tangan kita lebih lama dan kerap pegang hp berbanding pegang buku?


Iyer, bukan tak boleh tulis kat hp... tu terpulang pada keselesaan masing-masing. Nak tulis kat notice board pun boleh. Tulis kat kertas A4 pun boleh. Kat diary/planner/bullet journal pun boleh. Suka hati memasing nak tulis kat mana pun, yang penting TULIS To-Do-List setiap malam sebelum kita tidur!


Tujuan tulis kat buku atau kertas ialah supaya bila satu-satu task yang kita nak buat tu dah kita siapkan, kita boleh terus tanda (TICK) atau tulis (DONE), atau (ZASSS PALANG). 


Itu adalah achivements kita untuk apa yang kita perlu dan nak buat pada hari tersebut. Jika ada 10 T0-Do-List kita nak buat hari tersebut, kita berjaya buat 5 contohnya, kita dah tanda (TICK), itu adalah kejayaan buat kita! Ia adalah progress. Kita mesti rasa sangat best dan lagi bersemangat nk buat list-list task lain yang kita nak buat. 


Kita juga dapat carry forward apa yang tak dapat buat hari ini untuk esok hari, atau hari seterusnya.


Task boleh dibuat ikut priority. Mana penting, kita buat dulu. Atau boleh buat ikut masa yang perlu kita spend untuk buat dengan konsep: shortest job first'. Bila dah siap task yang priority dan shortest job first, barulah kita buat the next-next-next task. Tak sempat siap, kita sambung esok. Jangan stress jika tak sempat siap semua To-Do-List yang kita nak buat tu. At least, kita dah dapat tengok dan lihat apa achievements dan progress yang kita dah buat.


Cubalah buat, korang mesti rasa wah, bestnya. Barulah rasa banyak yang kita perlu buat dan dah buat, dan kita dapat atur kehidupan harian kita dengan lebih baik. 


Tips nak lagi semangat menulis To-Do-List? Ialah dengan sediakan buku nota khas yang cantik dan pen-pen atau marker yang berwarna-warna. Eh, seronok tau. Bila pegang pen dan kertas... otak, mata, tangan dan mulut kita akan sama-sama bekerjasama gitu. Ia akan jadikan kita lebih produktif dan bersemangat untuk memulakan hari esok. 


Korang cuba okey, first tips yang CikHas kasik ni. 



2. Kemas Rumah & Dapur Siap-siap Sebelum Tidur

Yer. Ini sangat membantu korang untuk memulakan hari esok yang produktif! 


Bayangkan, bangun pagi tengok ruang tamu dah kemas, sejuk mata memandang. Bila ke dapur pulak, sinki takder pun lambakan pinggan mangkuk cawan kotor tak berbasuh. Meja makan pun bersih. 


Mood kita pasti akan lebih bersemangat untuk memulakan hari baru. Kita tau kan, waktu pagi adalah penentu untuk kita meneruskan keadaan kita sepanjang hari. 


Bila rumah dan dapur kita dah siap kemas malamnya tu, pagi kita dah tak payah spend masa dan tenaga mengemas rumah dan dapur dah. Tau ajer la bila dah spend masa dan tenaga ke situ, nak buat kerja bisnes dah lemau. Ni tips nampak cam remeh, tapi impact dia besar tau dalam urusan harian dan mood kita!


Jadi, make sure mintak kerjasama ahli keluarga untuk sama-sama bertanggungjawab kemas ruang tamu dan dapur sebelum masuk tidur. Jika siapa minum air sebelum tidur, jangan mengada nak tinggal cawan tak berbasuh. Haa, gitu amaran dia haha!



3. Rancang Menu untuk Seminggu dan Masak Awal Pagi

Rancang menu, siapkan bahan masakan (pes, potong dan simpan sayur siap-siap), dan pastikan alatan memasak sentiasa sedia dan mudah untuk dicapai bila nak guna. Kot yer pun nak mengemas, susah jugak kalau tiap-tiap kali lepas masak simpan dalam rak yang agak susah kita nak ambik. 


Bahan masak kalau dalam bentuk pes, buat siap-siap. Nanti bila nak masak, just panaskan dan campak jer bahan-bahan masak dalam tu. Memang akan sangat menjimatkan masa di dapur. 


Masak awal pagi terus untuk lunch. Ini bagi yang tak kesah la makan makanan yang masak dari awal pagi kan. Awal tak awal pun, kalau pukul 8 pagi - 9 pagi tu, dah kira awal la kan. 


Bila kita siap masak awal, kita akan ada lebih masa untuk buat kerja bisnes. Lagi pun, waktu pagi energy kita masih tinggi lagi. So, jangan bazirkan energy tu. 


Itu jer tips untuk kali ini. Ada lagi yang boleh CikHas share, cuma kalau panjang sangat taip dalam 1 post, korang skip baca pulak haha. Nanti CikHas share lagi, InsyaAllah. 



Oh ya, buat uols yang sedang cari peluang bisnes, CikHas nak ajak uols buat bisnes MEERACLE. 


Bila bisnes dengan CikHas, bukan ajer tips bisnes CikHas kasik, tapi tips nak urus bisnes pun CikHas kasik. Sebab apa? Sebab CikHas nak kita sama-sama jadi isteri, ibu, anak dan wanita yang seimbang dalam segala segi. Kita ingin berikan yang terbaik dan cuba untuk jadi yang terbaik dengan versi diri kita yang tersendiri. 


Apa-apa, boleh terus whatsapp CikHas tau. KLIK SINI. 

You May Also Like

0 Comment