MEERACLE Biz Coaching Bersama CikHas - Founder The Sash Beauty

by - October 08, 2020

Bukan main panjang tajuk CikHas kasik hari ni yer hihi. Panjang ada makna tu, bukan sesaja uols. Untuk memperkukuhkan lagi  MEERACLE dan untuk lebih mempopularkan lagi personal branding CikHas sebagai Founder The Sash Beauty. CikHas berbisnes dengan sungguh-sungguh tau sebab memang matlamat CikHas untuk jadikan bisnes MEERACLE sebagai bisnes long term dan untuk membantu orang lain juga untuk jana pendapatan dengan MEERACLE. 


Alang-alang berbisnes, mestilah sampai dapat bina empayar bisnes yang besar dan kukuh. Alang-alang berbisnes, biar dapat bantu orang lain. Dan... alang-alang berbisnes biarlah bisnes ni adalah bisnes yang akan kita fokus buat dan boleh diwarisi oleh anak-anak kita. Sebab itulah, CikHas sentiasa ajak anak-anak sama-sama bantu CikHas dalam urusan bisnes seperti bantu uruskan stok. Alah, bukan depan uruskan semua pun, hanya bantu apa yang mudah dibuat sesuai dengan umur dorang. Ini pun salah satu parenting tips untuk didik anak kita untuk lebih menghargai dan memahami apa yang parents mereka buat. 


Panjang punya mukaddimah kan. Ini CikHas nak share dengan uols, poster baru CikHas dengan The Sash Beauty. Siapa lagi yang buat poster-poster CikHas kalau bukan Suhaida Sue (Umiesue Studio)


Ni FB Link Suhaida Sue (Umiesue Studio) tau, terus jer ke situ untuk info lanjut dan tengok hasil seni Sue dalam mendesign pelbagai jenis poster yang boleh digunakan samada untuk online dan juga offline (untuk printing).

Memang CikHas sangat berpuas hati dan selesa bekerjasama dengan Sue. Uols kalau nak tempah poster apa-apa pun, boleh contact Sue tau. InsyaAllah harganya sangat berbaloi-baloi dengan hasil design Sue memang superb! Terbaik uols. Memang dengan Sue jer la CikHas carik kalau nak buat apa-apa poster. Terima kasih Sue kerana menjadi sahabat dan designer yang sangat mudah berurusan dan sangat baik. Semoga Sue terus success work from home tau. 


Ni kita pergi ke tajuk post ni yer hihih. 


CikHas akan adakan MEERACLE Biz Coaching istimewa dan khas hanya untuk TeamAgentCikHas. Next Program. Program ni akan diadakan pada hari Jumaat (9 Oktober 2020), iaitu ESOK! 


Next Program. Siapakah yang bakal di coaching.😍

Bertuah yang join team CikHas, CikHas akan bersua muka dengan semua agent-agent di bawah #MeeracleEmpireByCikHas. Kita belajar sama2 untuk kembangkan lagi team kami semua.

Coaching ada, reward Leader ada, reward master ada, reward hq pun ada, iklan dan copywriting juga semua dah disediakan. Tinggal copy paste sahaja. So tiada alasan. Nak dengan tidak sahaja.

Korang tinggal buat sahaja. Susah ke? Tepuk dada, tanya hati masing2. Nak berjaya kena bertindak. Jangan hanya melihat nanti sendiri yang merana.

Jumpa Esok Team.. Tak sabar CikHas nak potpetpotpet esok. Kita jumpa esok yer :)

You May Also Like

0 Comment