Bisnes dan Kebergantungan Kepada Allah

by - October 09, 2020

Salam uols.

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, CikHas nak share sikit tentang hal berkaitan keagamaan. Alah, bukan nak tunjuk CikHas ni macam ustazah pilihan ke apa kan, cuma apa yang CikHas nak kongsikan ni adalah berdasarkan pada pengalaman yang pernah CikHas lalui, melalui sharing dari orang lain, dari dengar ceramah-ceramah agama, dari buku-buku dan sebagainya. CikHas masih lagi dan semestinya sentiasa dalam fasa belajar untuk bekalan dunia dan akhirat. 


Memang benar, hidup ni adalah sebuah kembara yang kita tak tau sampai bila akan berakhir. Namun, kita mestilah sentiasa mencari ilmu... dan lakukanlah ia kerana Allah. InsyaAllah, dengan rahmat daripadaNya, pasti ada keberkatan dan pahalanya. 


Alhamdulillah, sedikit sebanyak apa yang CikHas ketahui dan pelajari ada yang CikHas amalkan. Dengan izin Allah jua, ia banyak membantu CikHas dalam kehidupan harian dan juga bisnes. Ilmu ni, semakin banyak kita belajar, kita akan rasa betapa kerdilnya diri kita. Betapa kita ni takder daya upaya dan pengetahuan apa pun, melainkan dengan izin dan pertolongan Allah jua. 


Begitu juga dengan perjalanan bisnes... kita akan dan wajib sentiasa bergantung kepada Allah!

Janganlah kita nak perasan atau mendabik dada bahawa apa hasil yang kita dapat adalah atas usaha kita semata-mata. Jangan sesekali merasakan apa yang kita buat adalah kerana kehebatan copywriting, marketing channel, hasil khidmat influencer, hasil Ads dan sebagainya. Kita memang kena buat semua usaha dan cara untuk majukan bisnes kita, NAMUN... kita mestilah bergantung dan bersandarkan kepercayaan bahawa segala yang kita dapat buat dan dapat hasilnya hanyalah kerana izinNya jua dan kerana rezeki adalah pemberian mutlak daripadaNya. 


Takut sangat andai terpesong dari ajaran agama dan sunnah Rasulullah SAW dalam mencari rezeki khususnya melalui bisnes. Sebab itulah, bila nak buat sesuatu plan, kita kenalah bersandarkan kepada Allah. Macam mana nak explain ekkkk, sebab risau pulak apa yang CikHas nak sampaikan ni tak berapa nak betul cara penyampaiannya, atau boleh timbulkan salah faham.


Tapi, InsyaAllah... CikHas yakin uols yang baca post ni faham dan tahu tentang perkara ini. Sebab dah ramai yang share tentang konsep rezeki dan bisnes. Apa pun, semoga bisnes yang kita buat mendapat keredhaan daripada Allah. Buatlah yang sehabis baik dan berserahlah kepada Allah untuk memberikan yang terbaik juga buat kita. Jangan putus asa. Kerana, setiap usaha, doa dan tawakal yang kita buat pasti akan mendapat ganjaran samada di dunia dan akhirat. Berbisneslah dengan sifat jujur dan amanah sebagaimana Rasulullah SAW berbisnes. Baginda adalah role model untuk kita semua. 


Cukup takat ni dulu. Harini CikHas ada coaching dengan team CikHas. Inilah antara cara untuk CikHas tunaikan janji CikHas untuk bantu sesiapa jer yang buat bisnes bersama CikHas. Hulurkan tanganmu, kita buat sama-sama. Haa gitu.


Nak bisnes MEERACLE bersama CikHas, boleh terus Whatsapp SINI. 

You May Also Like

0 Comment