Menggapai Rezeki Di Musim Pandemik Covid-19
Salam semua.
Harini dah pun 7hb September 2020. Bermakna lebih kurang 8 bulan atau dengan kata lain dah lebih setengah tahun kita hidup 'bersama-sama Covid-19'. Lama tuhhhh. Dari hujung bulan Januari 2020 lagi kan pandemik ni bermula dari Wuhan, China. Lepas tu merebak masuk ke negara-negara lain, termasuklah Malaysia pada musim Tahun Baru Cina. Elok-elok jer time cuti sekolah hujung bulan Februari tu, kita dah mula kena PKP Fasa 1. Bermulalah norma baru dalam kehidupan kita semua. Pengalaman 'kena kurung' tu, memang takleh lupa sampai bila-bila. Ya Allah, sungguh tak sangka kan.
Sampailah harini, dan sehingga 31 Disember 2020, kita akan berada dalam PKPP. Siapa sangka, ini ujian buat seluruh dunia pada tahun 2020. Boleh dikatakan semua orang terkesan dengan pandemik Covid-19 ni. Ramai yang hilang pekerjaan, terjejas sumber pendapatan dan lagi menyedihkan ada yang kehilangan insan tersayang.
Semoga Allah segera mengangkat ujian Covid-19 ini dengan segera. Dan memberikan kemudahahan kepada semua untuk menjalani kehidupan dengan norma baru ini. Buat yang hilang pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan, semoga akan dapat jalan penyelesaiannya. InsyaAllah, selagi mana kita bertawakkal, berdoa, berusaha dan tak putus asa dengan rahmat Allah, pasti DIA akan bantu. Kita hamba kepada Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya dan Maha Memiliki segala-galanya, kita tak perlu risau. Yang penting, di mana ada peluang dan jalan, kita mesti ambil dan buat sungguh-sungguh.
Bagi CikHas, alhamdulillah... kerana bisnes MEERACLE yang dah masuk tahun ketiga CikHas usahakan ini telah banyak membantu CikHas dan Team Agent CikHas walaupun pada musim Covid-19 ni. MEERACLE HQ juga sangatttt banyak membantu kami untuk buat sale kaw-kaw punya sepanjang musim PKP bermula. Macam-macam promosi, sale dan reward diberikan. Itu semua membantu kami buat sale dan bantu orang untuk beli produk MEERACLE pada harga yang sangat menarik dan berbaloi-baloi. Pakej-pakej bisnes pun ada promosi dari semasa ke semasa. Memang tak tau nak gambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan betapa bersyukurnya CikHas diberikan jalan rezeki dengan MEERACLE.
Yang paling CikHas terharu dan bersyukur sangat, CikHas dapat bantu orang lain untuk sama-sama cari rezeki dengan MEERACLE. Janganlah ada yang kata, ala CikHas tu beria sangat, padahal dia pun dapat untung bila orang join bisnes dengan dia. Tak baik tau beranggapan begitu. Bisnes ni adil. Setiap orang punyai peluang yang sama. Nak mula bisnes dari level mana dan berapa modal. Nak pilih siapa jadi leader, itu semua terpulang pada diri masing-masing. Bila orang join dengan TeamCikHas, bermakna CikHas mula menggalas tanggungjawab sebagai seorang leader yang akan bantu dan tunjuk jalan dalam bisnes MEERACLE. Masing-masing akan dapat bahagian masing-masing. Takder istilah aku buat aku kaya sorang-sorang, kau juallah. Aku dah dapat bahagian aku. NO NO NO. Tak betul tu.
Hmm, cakap banyak pun tak perlu kan. Yang penting, siapa nak dia akan grab peluang yang ada. CikHas pun bermula dari bawah, CikHas pun dah lalui saat-saat bermula dari day 1 CikHas join MEERACLE, sampailah ini dah tahun ketiga CikHas setia bersama MEERACLE. Agak-agak kalau stay 3 tahun dengan bisnes yang sama, ok ke tidokk tu?
Apa pun, CikHas sentiasa terbuka untuk terima korang yang nak mula bisnes bersama CikHas. Gapailah rezeki tak kira musim apa pun, kerana rezeki tak salah alamat. Cuma kita yang jangan salahkan nasib dan takdir andai kita tidak buat sesuatu.
Jika rasa bermula bisnes MEERACLE, boleh terus contact CikHas. Sampai jumpa lagi :)
0 Comment