5 Tips Kekalkan Momentum Sebagai Dropshipper
Salam Jumaat buat semua. Terima kasih sudi singgah ke blog CikHas. InsyaAllah, CikHas akan share apa-apa ilmu dan pengalaman yang CikHas ada agar dapat sama-sama kita manfaatkan. Mana yang baik, jadikanlah ia sebagai pedoman, yang sebaliknya, campak jauh-jauh :)
Okey, pada hari Jumaat yang mulia ni, CikHas nak share dengan korang tips bisnes iaitu 5 tips kekalkan momentum sebagai Dropshipper.
Daripada pengalaman CikHas sendiri, kawan-kawan dan orang lain yang sama-sama dikongsikan, memang proven bahawa nak bermula sebagai dropshipper tu sangat-sangatttt mudah TAPI nak kekalkan momentum untuk kita teruskan dengan satu-satu produk tu agak sukar. Sampailah tahap, buat sekejap dah stop. Lepas tu join pulak jadi dropshipper produk lain pulak. Lepas satu, satu... sudahnya sendiri penat sebab rasa takder hasil yang kebabom.
Ini bukan semua, CikHas taknaklah pukul rata kan. Tapi kebanyakannya begitu. Jadi, haraplah kita sama-sama berlapang dada. Kan CikHas dah kata tadi, mana elok jadikan panduan, jika sebaliknya... campaklah jauh-jauh. Kita sama-sama nak belajar dan tambah ilmu untuk tambah pendapatan. Kalau boleh, of course kita nak pendapatan yang sustain dan kita boleh fokus. Boleh tu boleh buat banyak bisnes sebagai dropshipper, itu jika kita mampu nak manage semuanya dan dapat hasil yang kita target-kan. Juallah produk apa pun, asalkan kita mampu. Eh, ulang lagi skali yer hihi.
Apa yang CikHas dah kenalpasti, ia berkaitan dengan diri sendiri. Kerana diri kita yang tentukan hala tuju bisnes kita macam mana. Nak banyak mana sale dan nett income. Sale saja banyak tapi nett income ciput pun penat jugak, ye dok? Jadi, biarlah yang kita rasa berbaloi dengan usaha dan penat-lelah kita. Kalau produk main volume besar tapi margin kecik pun ok asalkan kita tau macam mana nak buat volume sale besar.
Eh ni dah macam boleh buat tajuk lain dah kannn. Tengok, nak menulis pun susah nak fokus pada 1 tajuk, macam manalah CikHas nak buat banyak bisnes. Sebab tu CikHas fokus dengan MEERACLE jer sejak 3 tahun ni.
5 Tips Kekalkan Momentum sebagai Dropshipper:
1. Niat
Apa-apa pun bermula dengan niat. Memang la kita berbisnes untuk dapatkan duit. Motivasi duit ni besar pengaruhnya. TAPI, cuba kita adjust dulu niat tu. Awalkan nawaitu kita nak berniaga kerana Allah, agar asbab produk yang kita jual beri manfaat dunia dan akhirat. Produk pulak dapat bantu selesaikan masalah orang dan produk yang selamat. Sebagai orang Islam, lagilah kena carik produk yang halal dan suci. InsyaAllah, dengan NIAT yang betul, Allah akan pandu perjalanan bisnes kita. Rezeki pun InsyaAllah berkat.
2. Cintai Produk dan Jadilah Penggunanya
Memang tak dinafikan la, tak semestinya produk yang kita jual tu, kita guna. Ala, takat nak jual jer pun, takkan la kalau tak guna aku tak boleh nak jual.
BOLEH... siapa kata tak boleh. Sebab dalam bisnes, takder betul atau salahnya dalam hal nak jual produk apa pun (kecuali yang dilarang agama dan undang-undang la).
TAPI... percayalah. Bila kita sendiri dah cintai produk tu dan kita guna. Kita akan lebih mudah nak sharing dan menjual berdasarkan pengalaman kita sendiri. Orang tanya apa pun, kita boleh jawab dan share. Berkongsi dari hati katanya.
3. Study tentang Produk
Mula-mula join bisnes Dropship ni, cepat-cepat belajar pasal produk. Jangan harapkan Leader nak suap kita sepanjang masa. Usaha sendiri. Bila dah master tentang produk, percayalah, lebih mudah kita nak berbisnes. Semakin banyak ilmu tentang produk yang kita tahu, percayalah... makin mudah kita berbisnes. Bila orang tanya pun, keyakinan untuk kita menjawab persoalan pun pasti tinggi. Barulah orang percaya kat kita. Orang membeli based on trust. Kalau tanya itu ini serba tak tau, jawapan pun tak meyakinkan dan asyik nak kena refer pada leader, hmm payah jugak tu. Leader memang sentiasa sedia untuk bantu, terutamanya yang baru join bisnes. Tapi, kan lebih manis kejayaan kita kalau dari hasil usaha kita sendiri jugak kan? So, ilmu tentang produk kita kena master yer :)
4. Bisnes Kita Tanggungjawab Kita
Ni berkait juga dengan #4. Bila kita dah anggap tu bisnes kita, kita kena bertanggungjawab, InsyaAllah kita akan lebih ambik berat dan bersungguh-sungguh dalam bisnes. Ingat yer. Leader bukan ada kita sorang jer dia nak jaga. Jangan asyik-asyik nak salahkan Leader jer. Ini, gambar produk pun 44 kali nak mintak ngan Leader. Haduihhhh! Percayalah cakap CikHas, setiap usaha yang kita buat untuk bisnes kita, pasti berbaloi-baloi. Again, Allah tak nilai hasil, tapi DIA nilai usaha kita. It's okey untuk korbankan masa rehat kat, masa layan korea kita tidur kita pun terpaksa singkatkan sikit, bersabarlah. Takder benda mudah nak berjaya. Bila dah jadi rutin, kita pulak rasa susah hati kalau tak busy dengan urusan bisnes. Haa itulah CikHas hihi.
5. Tambah Ilmu, Buat Dream Board, Target dan Plan How to Achieve
Bisnes kalau tanpa ilmu, memang cerah harapan nak terjunam ke lautan nan dalam. Begitu juga tanpa hala tuju dan plan. Sebab, bila kita takder hala tuju. Tengok orang jual, ehh aku nak jual jugak laaa. Pastu, buat acuh tak acuh jer, sebab biasanya bisnes Dropship ni biasanya takder modal atau modal minimum jer. So, kita tak rasa tanggungjawab sangat. Kalau ada sale, ada la... takder takper. Cuba yang lain pulak. Begitulah tahun berganti tahun. Sampai bila nak macam ni? Rugi masa, tenaga, duit dan segala-galanya.
Tapi, bila kita ada dream board, target dan plan how to achieve the target, InsyaAllah, tindakan kita akan lebih fokus.
Nak Tips tambahan lagi?
Nanti CikHas share dalam entry akan datang.
Nanti CikHas share dalam entry akan datang.
Untuk uols yang sedang cari peluang bisnes sebagai dropship atau pun ejen, boleh contact CikHas. Meh sini CikHas gilap korang sampai jadi permata bernilai berjuta-juta ringgit boleh buat sale dan income. Ni bukan main-main yer, dengan MEERACLE, takder yang mustahil. Asalkan kita fokus dan konsisten, insyaAllah boleh sangat sangattttt.
WA CikHas tau!
0 Comment