Bila Bisnes Ada Stok Kat Tangan... Anytime & Anywhere Pun Biz Onzzz!

by - August 20, 2020

Hai uols!


Saja jer nak sembang santai harini. Kebetulan scorll gambar kat handphone, nampak gambar ni. Masa ni 7hb Ogos 2020 lepas. CikHas balik ke Felda Tenggaroh 1. Jadi, memang dah jadi rutin la, ke mana-mana pergi pun CikHas memang sediakan stok produk-produk MEERACLE. Senang cakap, kereta CikHas tu dah jadi 'kiosk bergerak CikHas Meeracle!'



Macam ni lah mudahnya dan seronoknya bila kita pegang stok produk yang kita jual. Semangat tu lain maciam! Kita akan ada momentum untuk buat sungguh-sungguh untuk 'cairkan' stok supaya ia kembali jadi wang modal dan semestinya berserta dengan untung sekali. Haa, duit yang dapat tu, kenalah pandai-pandai uruskan. Jangan pulak terus buat pergi berjimbara. Nanti CikHas share tips urus kewangan tau.


Ini pulak stok yang nak kena pos pada anak TeamCikHas dan juga pada customer. Ada yang CikHas datang pos sendiri, ada runner datang ambik, ada yang anak TeamCikHas datang ambik dan ada juga customer yang terus juga datang ambik kat rumah CikHas. 


Sebab tu lah, memang menggelisah CikHas ni kalau stok terputus atau dah makin berkurang. Mesti nak kena sentiasa check stok dan topup lagi belian. Bila stok dah ada, barulah lapang dada CikHas ni uols! 


Bersusun-susun kat tangga nak tunggu pick-up dan post ni. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi untuk CikHas dan semua anak TeamCikHas dengan Meeracle. Semoga bisnes ni dapat membantu sesiapa saja yang perlukan peluang bisnes dan pendapatan. Ala, takper kalau tak dapat beli dan pegang stok pun. Ikut kemampuan dan keperluan bisnes uols. Ada jer yang buat income gemuk sebagai dropship. Yang penting, kita usaha dan ada tindakan. Doa dan tawakal kepada Allah jangan lupa. Dalam apa jua kita buat, utamakan Allah dahulu. InsyaAllah, rezeki akan sentiasa ada dengan izin dariNya.


Itu jer untuk harini. Nanti kita sembang lagi. Kalau nak baca celoteh dan perkembangan CikHas, bolehlah terus follow CikHas kat Facebook Hasanah Hasrin dan Page Meeracle Stokis Johor Bahru


Nak tau tentang bisnes atau nak beli produk Meeracle, KLIK SINI :)

You May Also Like

0 Comment