BERUBAHLAH UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

by - August 21, 2020

Kita mesti selalu dengar dan baca bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dia yang berubah. 


Buat perkara yang sama, tapi kita harapkan berlaku perubahan. Logik tak? Pasti sangat sangat tak logik. Contohnya, setiap hari cuma buat 1 post pasal bisnes kita di FB, tapi kita harapkan dapat sale yang banyak. Lepas tu, dok tunggu dan meratap... kenapalah bisnes aku dok macam ni jugak, orang lain menderu sale masuk.


Dah risik ke apa yang orang tu buat? Kalau belum, eloklah bawak-bawak pergi bertanya. Manalah tau, boleh dapat ilmu dan tumpang guna apa tindakan dan cara yang dia buat tu. Ini pun salah satu cara untuk kita mula berubah. Iaitu mula bertindak!

''Hidup akan berubah jika kita berani buat keputusan untuk berubah''
- Tuan Ozir Zuri - 


Untuk itu, jomlah kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik. Tindakan dan perubahan yang kita buat tak perlulah secara drastik. Memadai sikit demi sedikit namun konsisten. Upgrade sikit demi sikit dari hari ke hari. Mungkin kita tak dapat dan tak nampak hasilnya dalam waktu yang singkat, namun bila kita konsisten dan persistent, InsyaAllah ia akan jadi habit kita. 


Till then, semoga kita semua akan berubah ke arah yang lebih baik untuk kejayaan dunia dan akhirat. Jika nak berubah untuk mula jadi usahawan atau berbisnes, boleh Whatsapp CikHas

You May Also Like

0 Comment