Tips Kekal Positif Semasa Musim Covid-19
Sebagai wanita bekerja dari rumah, setiap hari kita akan lalui hari-hari yang mencabar. Menangani tekanan secara bijak adalah sangat penting supaya kita dapat melaksanakan tugas harian sebagai isteri, ibu dan usahawan dari rumah. Lagi-lagi dalam musim Covid-19 di mana kita berada dalam tempoh PKP.
Anak-anak dan pasangan juga berada di rumah. Bukan tak suka, NO! Tapi bila rutin sudah berubah, sedikit sebanyak ia akan melibatkan perubahan dalam aktiviti dan rutin harian kita. Jika tak ditangani dengan baik, ia boleh mendatangkan stress. Ramai yang dah hadapi stress sejak PKP, bukan saja wanita yang bekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, bahkan wanita yang sediada bekerja dari rumah dan surirumah juga ada yang laluinya juga.
Paling utama:
Nikmati saat ini dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan harapan. Jangan bertangguh kerana kita tidak tahu sampai bilakah usia masih dikandung badan. Nikmati setiap saat bersama keluarga. Jika perlukan bantuan, beritahu saja. Mungkin mereka tak tau apa yang kita perlukan. Jangan pendam. Bahaya! Kita bukan robot. Kita perlukan bantuan dan support system daripada orang disekeliling kita, terutamanya suami dan anak-anak. InsyaAllah, jika dilakukan bersama-sama, kita akan rasa beban yang kita tanggung berkurangan. Ia juga dapat memupuk rasa tanggungjawab dan kebersamaan di kalangan ahli keluarga untuk sama-sama buat kerja rumah.
Selalu ingat, happy wife, happy family! Till then, semoga tips yang CikHas kongsikan ini memberikan manfaat buat kita semua. Sama-samalah kita nikmati peluang untuk bersama keluarga dan pasangan di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik lagi. Dah tak lama nak raya kan, jadi bolehlah mulakan misi mengemas rumah bersama-sama dan buat biskut raya bersama-sama. Eh pandai keee? Hihihi. Takper, buat jer apa-apa yang boleh dibuat bersama-sama. Seronok tau. Cubalah!
0 Comment