Selamat Hari Raya Aidilfitri

by - May 23, 2020

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana kita telah dikurniakan kesempatan untuk melaksanakan ibadah berpuasa dan ibadah-ibadah lain pada bulan Ramadhan pada tahun ini. 


Sungguh pun tahun ini kita semua di uji dengan wabak Covid-19 yang menyebabkan kita perlu lalui new norm dalam kehidupan kita, termasuklah dalam hal ibadah, namun yang paling utama, kita mendapat pelbagai hikmah disebalik ujian ini. Carilah hikmah disebalik ujian, kerana tiada perkara yang berlaku secara sia-sia, tanpa ada hikmahnya, kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Mengatur segala-galanya. 


Sama-samalah kita doakan agar wabak Covid-19 ini akan berakhir dengan segera dan kita semua dapat lalui kehidupan yang lebih baik daripada dahulu.


Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ini, perjalanan kehidupan harian dan bisnes CikHas berjalan dengan sangat baik, dengan izin dan bantuan daripada Allah SWT jua. Dengan sokongan daripada HQ, team AgentCikHas dan family, bisnes CikHas dan team berjalan dengan sangat baik. Jualan meningkat kerana permintaan semakin tinggi pada bulan Ramadhan. Dengan promosi hebat yang diberikan oleh HQ, memang tak menang tangan nak uruskan order. Stok terputus tu biasa, memang adrenalin rush sentiasa bila buat bisnes Meeracle ni. 


Alhamdulillah, atas rezeki daripada Allah buat kami semua. Yang penting, kami tak pernah putus asa, kerana kami yakin Allah akan sentiasa bersama hamba-hambaNya yang berusaha dan berdoa. CikHas sentiasa alu-alukan kepada korang yang sedang cari peluang bisnes untuk sama-sama berbisnes dengan CikHas. InsyaAllah, CikHas akan bantu korang selagi mana korang nak capai kejayaan. Apa-apa terus WA CikHas tau. 



Esok dah nak raya, CikHas ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin atas apa jua kesilapan yang pernah CikHas lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja. Andai anda terlanjur dalam percakapan, penulisan atau perbuatan, CikHas mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki. 


CikHas doakan semoga kedatangan Syawal ini memberikan keceriaan, kesejahteraan dan kemenangan kepada kita umat Islam dalam menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadhan dan dalam kita berjuang melawan Covid-19. Bukan mudah nak lalui hidup dalam suasana PKP. Ini semua cabaran dan kita telah berjaya lalui. 


Akhir kata, sekali lagi CikHas ucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

You May Also Like

0 Comment