Surirumah Berniaga dari Rumah dan Di Mana Saja!

by - May 03, 2020


Sediakan payung sebelum hujan. Ini peribahasa yang kita dah biasa dengar. Persediaan dari segi apakah yang perlu disediakan oleh seorang surirumah? Kenapa surirumah perlu buat persediaan, sedangkan mereka sepatutnya ditanggung oleh suami? Bukankah itu tanggungjawab suami? Kenapa pulak kita nak susah payah buat semua tu? Surirumah pulak nak kena cari duit, sedangkan tugas mencari nafkah adalah kewajipan suami. Dalam Islam pun dah gariskan macam tu, kan? 


Sebenarnya, dalam perkara macam ni, ia adalah subjektif. Takder betul atau salahnya untuk surirumah ada pendapatan sendiri. Terpulang pada individu atau pasangan itu sendiri. Atas perbincangan, budi bicara dan keperluan. Selagi tak melanggar undang-undang dalam Islam dan negara, kita boleh jer cari income sendiri. Yang penting, berbincanglah dengan suami, dapatkan kata sepakat dan restunya untuk mula berbisnes. Kalau boleh dapat modal dari dia, itu lagi bagus hehe. 


Alah, kita bisnes pun untuk tambah income keluarga kan. Bukan nak ambik tanggungjawab suami, bukan! Tapi kita pun nak buat sesuatu yang dapat berikan pendapatan untuk diri kita sendiri juga. Niat tu kena betul. Ini penting.   



Bertuahnya kita surirumah zaman sekarang ni, kita boleh berbisnes di hujung jari saja. Daripada dok tekan hp scroll sana sini tu, eloklah kita cari income sekali dengan hp tu haaa. Alang-alang dah ada hp canggih, ada data internet... kita buat bisnes. Tak tau nak bisnes apa? Haa, terus tekan LINK NI, CikHas share peluang bisnes dengan uols :P


Bisnes Meeracle!

Bisnes yang dah ada bukti kejayaan. Company dah stabil. Produk berkualiti, selamat, berkesan dan diyakini oleh pengguna. Support dan bimbingan daripda HQ dan stokis... apa lagi yang kita nak carik atau tunggu. Just grab jer peluang yang ada depan mata. Masa tak tunggu kita. Setiap saat yang berlalu takkan berulang lagi. 


Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu akibat Covid-19, kita kena cepat bertindak. Termenung, bersedih, risau, merungut dan stress dengan apa yang berlaku dan dirisaukan akan berlaku, takkan mengubah apa-apa pun. Ia akan jadi lebih worst kalau dah sampai ganggu emosi kita. Impact dari Covid-19 ni dijangka sangat teruk sebab ia melibatkan peringkat global, bukan negara Malaysia saja. Kalau kita tak mampu nak ubah ekonomi negara, kita ubah ekonomi diri dan keluarga kita. Kita tak boleh nak harap kerajaan bagi subsidi atau bantuan sampai bila-bila. Selagi ada nyawa, kudrat dan kemampuan, kita mesti cari cara untuk jana pendapatan. 


CikHas sendiri pun, walau dah lebih kurang 3 tahun dalam bisnes Meeracle, dan dah jadi Stokis Meeracle Johor Bahru, namun CikHas setiap hari tak pernah putus sharing dan buat promo pasal bisnes CikHas dan Agent TeamCikHas. Ini adalah ikhtiar dan usaha. Doa tu memang tak pernah putus, itulah tempat kita meminta dan bergantung harap. Dialah Tuhan Ya Fatah, Ya Wahab, Ya Razzak, yang sentiasa ada bersama kita dan bersedia memakbulkan permintaan dan memberikan rezeki kepada kita. Tugas kita ialah berdoa, berusaha tanpa jemu dan bertawakal. The rest, biarlah DIA yang tentukan. 


Bermula bisnes dari rumah atau di mana saja pun, kita boleh bisnes dengan Meeracle. Produk-produk kosmetik dan skincare keluaran Meeracle sentiasa mendapat permintaan tinggi. Bila produk kosmetik dan skincare, ramai yang katakan akan merudum bila berlaku wabak atau situasi yang getir dari segi kewangan dan ekonomi. Mungkin ada betulnya, dan ada tak betulnya. Ia bergantung pada individu. Kalau wanita jenis mementingkan dan menjaga kecantikan dan kesihatan, mereka tak kisah pun untuk spend duit untuk beli produk. Lagi-lagi jika mereka dah setia guna dengan sesatu produk tu. Banyak jer CikHas dan team dapat customer baru dan repeat customer yang beli produk Meeracle yang kami jual!


Lagi pun, HQ Meeracle sentiasa bagi support pada kami, sebagai reseller mereka. HQ buat promosi (potongan harga), buat contest dan gift. Ini semua adalah usaha untuk bantu reseller dapat sale dan bantu customer untuk dapatkan produk Meeracle pada harga yang lebih berbaloi dan bantu ringankan beban kewangan mereka dan bantu mereka agar dapat beli produk kami. Setakat ni, alhamdulillah, sale team kami sangat sangattt memberansangkan, alhamdulillah.

Jika tak dapat COD sendiri atau pos, CikHas gunakan khidmat runner. Ini pun berkongsi rezeki dengan abang runner. Percayalah, dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain. Kita hidup di dunia ni, sama-sama melengkapi dan membantu antara satu sama lain. It's not about you or me... but it's about US! Kita sama-sama berkongsi rezeki dari Allah, dan dalam sedar atau tidak, kita sedang membantu menjana ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara!



Buat jer. Usaha tanpa henti, buat tanpa nanti. Jika hari ni promote takder orang beli, takper. Sabar dan berdoa banyak-banyak. Promote dan sharing lagi di mana-mana social media dan offline. Tambah ilmu dan skill tentang bisnes. Bina networking. Bina trust. Bisnes bukanlah perlumbaan. Siapa cepat dia dapat. No! Bisnes adalah sebuah perjalanan yang panjang. Bisnes adalah proses yang mengambil masa, usaha, keyakinan dan pengharapan. Siapa yang bermula dan meneruskan perjalanan bisnes, dia adalah antara calon individu yang akan berjaya! CikHas juga lalui Business Journey yang manis dan mencabar dalam bisnes Meeracle. Alhamdulillah, atas semua ini. CikHas bersyukur untuk segalanya. 



Jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kan? CikHas yakin, jika CikHas dan team AgentCikHas boleh buat bisnes Meeracle, uols pun pasti boleh. Macam mana nak mula bisnes Meeracle? Uols mulakan dengan whatsapp CikHas dengan MENEKAN LINK INI!


CikHas akan guide uols. Beri peluang pada CikHas untuk bantu uols dan yang paling penting, uols bagi peluang pada diri uols untuk bermula. Jangan sia-siakan masa yang ada. Kita tak tau bila wabak Covid-19 ni akan betul-betul clear & clean. Jangkaan adalah dalam tahun 2023. Jadi, kenapa perlu tunggu untuk ubah ekonomi diri dan keluarga kita? Jadi, bila lagi kita nak bantu negara kita jika kita tak buat sesuatu yang boleh bantu negara kita? Inilah masanya untuk BERMULA! 

You May Also Like

0 Comment