Make-Up Seperti Profesional dengan Menggunakan Meeracle Pro Face Applicator

by - May 05, 2020






Salam sejahtera semua. CikHas harap semuanya sihat dan dalam keadaan baik saja. 


Okey, dalam previous entry, CikHas dah share dengan uols tentang Apakah Kelebihan Meeracle Gemstone Foundation. Macam mana, dah beli ke belum ni? 



Kalau belum beli, tunggu dulu jap, baca entry yang CikHas nak tulis ni, kemudian barulah order dengan CikHas tau, sebab CikHas nak bakorr lagi uols dengan satu lagi produk Meeracle, yang akan jadi 'pelengkap' Meeracle Gemstone Foundation, iaitu Meeracle Pro Face Applicator. Nanti, boleh beli sekali harung kedua-dua produk ni dengan CikHas tau :P


Haaa, uols pernah tak berangan nak terer make-up macam pro gitu. Seronok sangat kan tengok tutorial make-up yang orang buat. Lagi-lagi kalau tengok instafamous buat tutorial make-up. Muda-muda lagi dah pro make-up. Kadang tengok dorang make-up ringkas jer, tapi hasil dia wowww! Eh, kita pun boleh tau! Meh sini, CikHas pecahkan rahsia dan tips macam mana nak make-up like a pro, haa gitu :)



Caranya mudah ajer, uols hanya perlukan 2 produk cosmetics Meeracle iaitu:

  1. Meeracle Gemstone Foundation 
  2. Meeracle Pro Face Applicator


Jadi, inilah dia produk RAHSIA kombinasi serasi yang saling melengkapi antara satu sama lain untuk bantu uols bermake-up like a pro! 


Sebab tu CikHas cakap tadi, kedua-dua produk ni akan melengkapi antara satu sama lain. Inilah dia rahsia dan tips nak make-up like a pro. 




Macam mana Meeracle Pro Face Factor membantu hasilkan sapuan foundation yang jadikan hasil kita pakaian foundation tu wowww like a pro? Caranya begini:




Meeracle Pro face Applicator:
  • Sangat mudah meratakan foundation di wajah.
  • Dengan tekstur yang lembut, solekan akan jadi lebih licin & mudah tanpa kesan capuk.
  • Mempunyai permukaan yang rata & tajam bagi memudahkan sapuan di bahagian-bahagian tertentu seperti bawah mata & hidung.
  • Mudah dicuci & boleh diguna semula.
  • Tidak mudah terhakis.
  • Lebih besar dari span biasa


Nampak span dia sangat lembut dan halus, kan?



Ini apa pulak ni? Bekas berlubang-lubang gini?

Ini ialah Beauty Defender untuk kita letakkan span Pro Face Applicator.
Fungsi lubang-lubang atasnya tu adalah untuk memberi pengudaraan kepada applicator ketika basah agar cepat kering.



Beauty Defender:
  • Bekas anti-microbial yang direka khas untuk applicator.
  • Memudahkan penyimpanan applicator.
  • Menjaga kondisi atau bentuk span applicator.
  • Melindungi applicator dari terdedah kuman & kotoran.
  • Tempat menyimpan applicator ketika masih basah atau selepas digunakan.



Nak cuba? Boleh contact CikHas. Don't panic & Let's Cantik with Meeracle and also with CikHas!

You May Also Like

0 Comment