facebook instagram
Powered by Blogger.
  • HOME
  • ABOUT
  • MEERACLE UNDER THE SEA
    • Moisturizer
    • Toner
    • Scrub
    • Facial Sheet Mask
    • Travel Set
  • MEERACLE SKIN CARE
    • Facial Cleanser
    • Luxury Cleansing Milk
    • Facial Serum
    • Foundation
    • Beauty Defender
    • Quiver Facial Brush!
  • MEERACLE COSMETICS
  • JOIN US!
  • CONTACT

Meeracle Empire byCikHas

 MEERACLE membawakan kepada anda: 

MEERACLE Under the Sea (Travel Set)


Travel Set ini sangat memudahkan anda membawa dan menggunakan produk MEERACLE Under the Sea di mana saja anda pergi dan berada. 


Travel Set juga disarankan untuk anda yang baru nak cuba produk MEERACLE Under The Sea. 


Travel Set ini didatangkan dengan pack yang sangat ringkas, ringan dan selamat untuk di bawa ke mana-mana saja! Bukan itu saja, ia kelihatan sangat elegent kerana packaging MEERACLE Under the Sea sangat cantik!

MEERACLE Under the Sea (Travel Set)



Travel Set ini adalah perfect combo yang terdiri daripada:

Toner (33 ml)
Moisturizer (10 ml)
Scrub (10 ml)


Anda boleh dapatkan pada harga pengenalan yang sangat jimat 
(untuk tempoh terhad dan selagi stok masih ada!)


Harga asal: RM89
Harga pengenalan: RM69



Dapatkan MEERACLE Under the Sea (Travel Set) selagi stok masih ada dan masih lagi pada harga pengenalan dengan penjimatan sebanyak RM20! 


Whatsapp CikHas segera. Boleh beli secara COD untuk kawasan berdekatan CikHas atau poskan kepada anda. Kini, tiada alasan lagi untuk anda ber-MEERACLE Under the Sea dengan Travel Set. 


Hasanah Hasrin

STOKIS DIAMOND 2020
"TOP AGENT RUBY MEERACLE 2018"
019 - 751 5660


Hai uols.

Harini CikHas ada jumpa satu post yang orang share (copy & paste) dari post asal siapa, wallahua'lam. Disebabkan kata-kata itu adalah sangat best dan boleh sama-sama kita jadikan inspirasi bagi kita yang bisnes online... maka CikHas pun ikutlah sama copy paste & buat status di FB CikHas. Tak cukup kat FB, CikHas share lagi kat sini. Benda yang bermanfaat kita kenalah war-warkan. Semoga ia dapat memberikan semangat untuk kita terus berjuang dalam online bisnes.  

Disebabkan AKU adalah seorang peniaga online, AKU harus buat sendiri :

  • TETAP POST walaupun tiada yang LIKE.
  • TETAP POST walaupun KRIK-KRIK.
  • TETAP POST walaupun ramai yang MENYAMPAH, 'duk posting barang dia ja'
  • TETAP POST walaupun kita tak tahu berapa banyak RESPOND yang kita akan dapat.
  • TETAP POST walaupun ada SAHABAT sendiri yang sakit mata.
  • TETAP POST walaupun ramai yg berbunyi 'BOLEH KE UNTUNG?'

Peniaga yang Berjaya adalah peniaga yang bermula dari bawah dan sampai satu ketika kejayaan dalam genggaman mereka.

Ingat!
Trust the process.

Semoga kejayaan milik kita semua yang penting jgn dengki dengan orang lain tau.

Boleh semua?



Inilah dia uols, salah seorang peniaga online yang tak pernah jemu untuk buat post dan sharing walaupun dia dah merasa semuanya kat atas tu. Buat jer! Rezeki pasti ada untuk yang bertawakal kepada Allah setelah dia berusaha sunguh-sungguh. 


Rezeki di tangan Allah. Bukan di tangan manusia. Manusia hanyalah perantaraan rezeki yang Allah nak kurniakan kepada kita. Jangan masuk campur urusan Allah. Biar DIA yang uruskan semuanya. Kita buat part kita jer. Jangan pernah mengalah. Nak bisnes, jiwa kena kental. Tak boleh cepat putus asa!



Kalau CikHas boleh lalui proses dalam bisnes dan CikHas trust the process untuk growth the business, uols juga pasti boleh! Kalau belum ada bisnes apa nak buat, jom sama-sama bisnes MEERACLE bersama CikHas. Kita bina empayar bisnes bersama The Sash Beauty. 


Nak tau lebih lanjut pasal bisnes atau nak guna produk MEERACLE, jangan teraga-agak untuk Whatsapp CikHas tau.

CikHas 

CikHas nak khaborkan berita gembira buat uols, khususnya yang mungkin ada yang rasa risau, ehh okey MEERACLE Under the Sea Moisturizer ni. Takut rosakkan kulit atau takut jadi iritasi pada kulit. 


Pihak HQ MEERACLE dengan penuh rasa tanggungjawab dan yakin telah hantar produk hebat ni untuk diuji oleh SIRIM bagi mengukuhkan lagi bukti dan meningkatkan lagi keyakinan pengguna rangkaian produk MEERACLE Under the Sea. 

Alhamdulillah.

MEERACLE Under the Sea Moisturizer telah diuji oleh SIRIM dan terbukti bahawa MEERACLE Under the SEA Moisturizer TIDAK MENYEBABKAN IRITASI pada kulit. 


Alhamdullillah lagi sekali. Sebab CikHas pun pengguna tegar produk ni sejak mula-mula ia dilancarkan. Dan memang terbukti pun, sejak CikHas guna, kulit muka tak pernah jadi iritasi. Bahkan kulit jadi lebih lembut, lembap dan glowing jer. Memang terbaiklah MEERACLE Under the Sea Moisturizer. Memang CikHas tak carik produk lain dah, nak setia dengan produk nan satu ni jer!



Kat sini CikHas tepek 1 lampiran keputusan test report SIRIM tersebut. Bolehlah uols tengok yer. Nanti nak cuba MEERACLE Under the Sea Moisturizer, bolehlah contact CikHas. 


Always remember, dalam rutin penjagaan kulit, wajib sapu moisturizer pada kulit muka kita. Yang lagi bestnya, Under the Sea Moisturizer ni boleh pakai siang dan malam. So, kita dah jimat duit dah...1 produk boleh guna untuk siang dan malam. Guna pun calit sikit jer, sebab tekstur dia sangat soft dan mudah serap ke dalam kulit. Takyah risau berlengas ke apa sebab ia mudah meresap dalam kulit. 


Haa gitu, sempat lagi menerangkan, padahal dah nak stop dah menulis sebenarnya hehe.


Oh ya, untuk dapatkan info tentang promosi terkini yang HQ buat... uols boleh terus FOLLOW CikHas di:



FB Personal: 
Hasanah Hasrin


Official Page: 
MEERACLE Stokis Johor Bahru

Ramai yang idamkan kejayaan dalam bisnes. 

Seronok sangat kan tengok progress bisnes orang lain bila kita scroll social media. 




Dalam hati mungkin terdetik:

  • Ko takpelah, ko ada modal nak mula bisnes
  • Ko takpelah, husband ko support bisnes
  • Ko takpelah, dah ada pengalaman bisnes
  • Ko takpelah, anak-anak dah besar
  • Ko takpelah, rumah sebelah HQ jer
  • Ko takpelah, ponder tu cousin ko
  • Ko takpelah, ada hilux nak angkut stok
  • Ko takpelah, pandai buat akaun
  • Ko takpelah, cantik... mudah jual skincare
  • Ko takpelah, ada dna bisnes
  • ... and list ko takpelah tu are never ending!

Korang!

Setiap satu bisnes tu, kita hanya perlu ambik keputusan dan bertindak untuk bermula jer!

Tak payah la nak create alasan 'ko takpelah' tuuu!


Tak payah la nak pikir banyak sangat. Kadang-kadang benda yang tak logik pun nak jugak dimasukkan dalam list untuk 'cipta alasan'. 

Sudahnya, sampai bila asyik nak pikir alasan kan? Tak cukup dengan alasan, sibuk pulak dok stalk FB/IG reseller produk yang kita rasa ada potensi untuk kita jual tu. Sajaaa, nak tengok macam mana progress dia tu. Kalau stalk yang berjaya tu takpelah. Boleh ambik semangat dan inspirasi.

Tapi, masalahnya ialah bila dok stalk yang suam-suam kuku atau yang sebulan sekali share pasal bisnes dan produk. Dan-dan tu... kita pun buat conclusion:

''Eh, tak bagus la bisnes dan produk ni... aku tengok ramai yang gagal ni, ramai buat sekerat jalan. Taknak buatlah... takut pulak aku gagal sama!''


Halah halahhh... yang dok tengok orang gagal tu buat apa! Awal-awal lagi dah tengok dan sedut aura negatif. Pi laa tengok yang berjaya tu. Tengok macam mana dia bina branding di social media, macam mana dia sharing pasal produk dan bisnes, bagaimana dia bina team dan bagaimana dia jaga circle dia. 

Ini yang kita kena tengok. Barulah semangat tu datang! 



TAPI... bila kita dok tengok yang gagal tu... Sudahnya... impian pun terus terkubur dan leburrrrr tanpa sempat pun untuk kita bermula! Dan, tahun berganti tahun... kita jadi pengkaji ajerlah. Impian tu ada, cuma silap cara kita nak cari cara untuk kita bermula bagi mencapai impian kita.


Sayang sangat kan?


Justeri itu, CikHas harap, kita jadikan situasi sedemikian adalah diri kita yang dulu-duluuuu. Kita taknak dah buang masa dok kaji saja. Kesian kat diri sendiri. Jangan sabotaj diri kita. Setiap orang ada potensi masing-masing. 


Kita cuma perlu bermula. Ambik tindakan. Carik leader atau mentor yang dapat guide kita dan buat bisnes sama-sama pilih. Pilihlah leader yang walk the talk. Yang ada misi untuk bantu orang lain capai impian dan matlamat bersama-sama dirinya. Yang berusaha untuk sama-sama berjaya. Yang sentiasa ada untuk guide dan menegur kita agar kita tak terbabas. 


Ada ke leader yang  macam ni dalam bisnes MEERACLE?

Eh... mestilah ada uols! 

Uols dah jumpa ni... ni uols dok baca blog dia laaaaa. 

Haa, tunggu apa lagi? Nak jadi dropship ke, ejen ke... stokis ke...boleh jer. Pilih mana-mana pakej yang sesuai dengan bajet uols untuk BERMULA dengan MEERACLE.

Be part of The Sash Beauty aka AgentTeamCikHas


Bagaimana nak bermula? 


Klik whatsapp link DI SINI
Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...
Datang tak tentu masa...
Datang disaat kita sempit dan susah...
Nilailah peluang itu dengan bijaksana...
Rebutlah peluang besar itu...
Kerana peluang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba...
Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu

- Almarhum Buy Hamka - 



Untuk itu, CikHas ingin bantu korang yang ingin mencari peluang tambah pendapatan. Jom sama-sama buat bisnes MEERACLE bersama CikHas dalam team The Sash Beauty. 


Dengan pengalaman CikHas selama 3 tahun lebih dalam bisnes MEERACLE, dan CikHas sebagai Diamond Stokis MEERACLE, CikHas yakin 200% yang CikHas dapat guide korang untuk bisnes SELAGI MANA korang berusaha 300% untuk bisnes!


Bisnes adalah tanggungjawab sama-sama. Namun, kita sendiri yang perlu meletakkan dan memberikan sebanyak mungkin usaha, doa, kesungguhan, ilmu dan perjuangan untuk berjaya.


CikHas tak menjanjikan bulan dan bintang akan jatuh ke riba bila uols join team The Sash Beauty bersama CikHas... namun apa yang pasti, selagi mana uols nak berusaha capai impian uols, CikHas akan sentiasa ada untuk uols!




Jangan lengah lagi. Masa tak tunggu kita. Peluang pun tak tunggu kita dan tak selalu datang. Jadikan ujian pada musim Covid-19 ini yang tak tau bila akan berakhir, sebagai peluang untuk kita cari pendapatan. Allah pasti akan berikan rezeki pada yang berusaha, kerana salah satu punca rezeki yang Allah janjikan ialah rezeki kerana USAHA!


Whatsapp CikHas... and let's do it together!

Cepat sangat kan, masa berlalu. Harini dah Jumaat semula dah. Dunia akhir zaman, kita akan rasa perjalanan masa tu cepat nauuu lah bergerak. Mungkin juga kita sangat sibuk dengan rutin harian. Tak kesahlah apa yang kita isi dalam aktiviti harian kita, tapi semoga kita seimbangkan aktiviti dunia dan akhirat. 

Kita kejarlah akhirat, kerana dunia pasti akan mengejar kita. 

Perjalanan kehidupan masa depan kita, kita tak tau sampai bila akan berakhir. Masa yang berlalu pergi, takkan kembali lagi. Hargai moment yang kita lalui saat ini. Kerana ia juga akan berlalu, dan esok belum tentu lagi untuk kita. 


Namun... kita tak boleh berputus asa. Ada hikmahnya Allah merahsiakan masa depan. Kerana DIA nak kita jadi hambaNya yang sentiasa berusaha dan berjuang untuk masa depan. Kita tak boleh lemah. Kita kena berjuang, untuk dunia kerana dunia inilah yang akan menentukan bagaimana akhirat kita nanti. 


Sebab itulah, kita kena utamakan akhirat dalam apa jua urusan kita. Nak bisnes, bisneslah. Niatkan bisnes kerana Allah. Untuk berikan manfaat kepada orang bisnes dan produk yang kita jual dan berikan tu. Islam tak halang kita untuk jadi kaya raya. Islam malah nak kita jadi usahawan Islam yang berjaya. Dengan kekayaan dan kemampuan dari segi harta, duit, kebendaan... kita boleh manfaatkan kepada ummah dan perjuangan Islam. Contohnya zakat, sedekah, infak serta peluang orang lain untuk raih rezeki bersama-sama kita. 


Berjuanglah dalam apa jua yang kita lakukan. Dunia adalah tempat bersusah-payah. Syurga adalah matlamat kita yang abadi. Selagi kita masih bernafas, berjuanglah. Kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan!


Sampai jumpa lagi. Salam Jumaat dan nak produk MEERACLE atau nak sertai Team The Sash Beauty, boleh Whastapp CikHas. KLIK SINI. 

How To Be A Good Leader


Yeahhh tak sabar nak masuk kelas malam ni. 


Oh ya, kat sini CikHas tak pernah lagi cerita kan... yang CikHas ambik kelas khas dari Cikgu June Mohd Som atau dengan nama lebih popular Cikgu June Petir. 


Nanti lain kali CikHas share dengan lebih details. Cuma, apa yang CikHas buat ni adalah sebagai usaha dan komitment CikHas untuk bisnes MEERACLE yang CikHas buat. Ia bukan saja untuk CikHas tau, tapi untuk Team CikHas. 


Sebab itulah, CikHas kena tambah ilmu tentang leadership, cara bina team, cara jaga team dan juga cara untuk kukuhkan team. CikHas pejam mata jer kuarkan duit untuk kos-kos nak dapatkan ilmu. InsyaAllah, semoga apa yang CikHas ikhtiarkan ini dapat memberi manfaat kepada Team CikHas.


Rugi tau jika uols tak ambik peluang sedut ilmu yang akan CikHas share. Oh ya, buat uols yang sedang cari peluang bisnes ber-leader dan mentor, uols boleh sertai Team CikHas. InsyaAllah, kita buat sama-sama bisnes MEERACLE ni. 


Itu jer untuk kali ni, doakan semoga Allah memberkati usaha dan ilmu yang akan CikHas pelajari malam ni. How to be a good leader... and i want to be a good leader to helps others to achive their mission. 


Sampai jumpa lagi!

Ini adalah kata-kata hikmat atau mutiara kata daripada Master Stokis MEERACLE, Masdiana Mohamadiah. Ia tentang proses dan perjalanan untuk menuju sebuah KEJAYAAN!

Kita hayati mutiara kata MS Diana ini:

Kejayaan datang dengan cepat atau lambat itu tak penting sebab rezeki setiap orang berbeza. 

Yang paling penting, jangan berhenti buat apa yang kita sedang buat sekarang ini. 

Fokus dan teruskan melangkah.


InsyaAllah, CikHas akan sentiasa ingat pesanan MS Diana ini. CikHas tau, apa yang penting usaha berterusan sehingga kita dapat capai apa yang kita mahukan.


 

Tiada kata-kata untuk digambarkan bila ada anak team hantar wasap macam tu. Touching sangatttt. Love u akak. 
❤️

CikHas sangat support team CikHas. CikHas sentiasa ada untuk korang semua. Agent ni akan sentiasa cari CikHas tak kira masa. Tapi CikHas tak kisah. Sebab CikHas tahu dia nak buat betul-betul dengan Meeracle. CikHas akan bagi jalan, guide pd ualls semua.

Insyallah. CikHas try jadi LEADER yang terbaik. Masih perbaiki diri dan akan sentiasa belajar untuk team. Semoga dipermudahkan semuanya.
😍

Jika uols sedang mencari peluang bisnes dan leader yang dapat bimbing uols berbisnes, CikHas dengan sepenuh hati membuka ruang untuk uols. CikHas faham, keadaan sekarang ni ramai yang sedang struggle meneruskan kehidupan dan perbelanjaan. 


Hubungi Cikhas, InsyaAllah... pakej-pakej bisnes MEERACLE yang disediakan boleh uols pilih ikut kemampuan uols. Tak kesah bermula dari level mana pun, yang penting uols bermula dan terus buat dengan konsisten. 


Tak cuba tak tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah kita? Ia bukan tuah... tapi ia adalah bermula, doa, tawakal, berusaha, konsisten, menuntut ilmu dan rujuk pada leader. Do it now, do it right! Jika CikHas dan orang lain yang berjaya dapat income dengan MEERACLE, uols juga pasti boleh! 


Whatsapp CikHas, KLIK SINI. 

Alhamdulillah. Hampir setahun. Tersenarai dalam Top 3 setiap bulan. Semoga terus dapat kekalkan dalam Top List. Insyallah. Tq My Team #MeeracleEmpirebyCiKHas








Lagi 2 bulan untuk terus berjuang. Doakan agar CikHas dan team dapat terus fight dan fight!

All the best buat semua! 

Another achivements CikHas dalam Business Journey with MEERACLE. 


CikHas telah menduduki tempat pertama dan antara Top 10 dalam Carta 5 Months - Nothing Impossibile for 3 months: Ogos, September & October' 2020.

 


Syukur Alhamdulillah. Tersenarai dalam 10 orang Top Diamond di bawah naungan Ms 

Masdiana Mohamadiah dan Leader 
Norsilawati Mohamad.



1st Top Diamond. Alhamdulillah.. Tapi ini belum final-nya. Masih ada 2 bulan untuk fight dan kekalkan momentum.

Walaupun takde ana-anak TeamCikHas yang tersenarai. It's ok. Ada 2 bulan lagi. Buat sehabis baik. Tiada yang mustahil. Kan 😍


NOTHING IMPOSSIBLE! 

TeamCikHas, jom kita lipat gandakan usaha. Anda yg ingin join TEAM Meeracle Juga masih dibuka keahlianye ye. 


Jomm meroket lebih jauhhhh 🦋


Impian hanya akan tinggal impian selagi tak bertindak dan tunaikan impian tersebut.

Jangan tangguhkan kejayaan anda demi yang tersayang.

CikHas

STOKIS DIAMOND 2020
"TOP AGENT RUBY MEERACLE 2018"
019 - 751 5660
❤

Ini ada berita baik untuk uols yang sedang dok ushar-ushar nak cuba MEERACLE Under the Sea products iaitu:

  • MEERACLE Under the Sea Scrub
  • MEERACLE Under the Sea Toner
  • MEERACLE Under the Sea Moisturizer

KINI... 
Uols boleh dapatkan sampel ketiga-tiga produk MEERACLE Under the Sea!

Yeayyyy!


Ini dia, CikHas zoom kan untuk korang tengok dengan lebih dekat lagi. 


Dengan sampel 3 produk MEERACLE Under the Sea ini, korang dah boleh merasai macam mana tekstur semasa kita pegang, masa kita guna dan hasil selepasnya. Nanti, dah rasai sendiri, InsyaAllah korang boleh contact CikHas untuk dapatkan MEERACLE Under the Sea yang saiz biasa. 


Cepat tau, sebab MEERACLE HQ hanya keluarkan Sampel MEERACLE Under the Sea ni untuk limited stock & time only. Kalau dah habis, tak taulah HQ akan buat lagi ke tak. So, jangan lepaskan peluang best giler ni.


Nak dapatkannya dan untuk info lanjut, boleh terus whatsapp CikHas. 
CikHas

Hi uols.

Apa khabar harini? CikHas doakan agar uols sentiasa sihat. Jangan lupa, rutin penjagaan kulit yang mesti kita konsisten buat setiap hari. Kat SINI uols boleh baca Tips Kecantikan Kulit yang CikHas share dengan sepenuh kasih dan sayang gitu. Nak bertambah kasih sayang lagi, belilah produk MEERACLE dari CikHas tau hehe. Nanti CikHas akan guide kat uols camner nak dapatkan kulit yang sihat, berseri-seri dan flawles macam Scha Al-Yahya dan CikHas, ahh gituuuu :P


Okey, actually harini CikHas nak share kegembiraan CikHas tentang.... jeng jenggg jengggg!


CikHas telah memenangi:

Bali Challenge sebagai TOP Fighter October 2020!

Apa yang CikHas akan dapat sebagai Pemenang Bali Challenge - TOP Fighter October 2020 ni? Alhamdulillah, MEERACLE HQ akan menaja sepenuhnya percutian CikHas di Bali nanti. Bukan saja ditaja sepenuhnya, lagi best dapat duit poket sekali. Siapa nak bagi kan? Kalau nak keluar duit sendiri, terketar-ketar jugak tu. Malah akan pikir 4 juta kali, nak ke tak. 



Ye lah, bukan masalah berkira, tapi dalam keadaan ekonomi dan musim pandemik Covid-19 ni, rasanya kena lebih berhemah berbelanja. Sebab itulah, bila MEERACLE HQ umumkan jer challenge Oktober 2020 iaitu pemenang akan dapat percutianke Bali akan ditaja sepenuhnya dan duit poket pun akan diberikan, apa lagi... CikHas mula susun strategi, buat plan tindakan untuk diri CikHas dan semestinya juga untuk Team CikHas. 


Alhamdulillah, inilah hasil perjuangan yang berbaloi-baloi. Tak sabar nak tunggu trip ke Bali nanti. Walaupun tak tau bila boleh pergi disebabkan Covid-19, tapi it's okey, sebab CikHas dah dapat 'lock' hadiah tersebut. Gembira tak terkata. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih family CikHas, Team Agent CikHas, CN, MEERACLE HQ, Founder MEERACLE dan semestinya anda, pengguna produk MEERACLE yang membeli produk CikHas samada melalui CikHas dan juga Team Agent CikHas.

CikHas nak ambik kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan dalam bisnes MEERACLE yang turut memenangi Challange Oktober 2020 ini. Semoga kita semua akan terus melakarkan kejayaan dan membina empayar bisnes MEERACLE dan sekaligus memperkasakan ekonomi wanita khususnya dan ekonomi negara.
Siapa kata jual produk skincare dan kosmetik tak boleh cari makan pada musim pandemik yang melanda dunia? Kami dah buktikan. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu untuk sertai CikHas dengan MEERACLE.

Nak bisnes, terus whatsapp CikHas ya. Jom sama-sama buat duit dengan MEERACLE. I will guide you along the way, as long as you want it! InsyaAllah. 


Hasanah Hasrin

STOKIS DIAMOND 2020
"TOP AGENT RUBY MEERACLE 2018"
019 - 751 5660
❤
http://empirecikhas.blogspot.com
Diamond CikHas

 Salam uols.

Harini, CikHas nak share dengan uols beberapa tips uruskan rumahtangga dan bisnes online. 


Yelah, CikHas faham dan dah lalui, macam mana struggle kita nak uruskan kedua-duanya dengan seimbang. Kalau boleh, of course la kita taknak terlalu fokus pada bisnes online sampai abaikan tanggungjawab pada keluarga. Dan, dalam masa yang sama kita nak bisnes online yang kita jalankan dapat kita buat dengan baik.


Kedua-duanya biarlah seiring dan seimbang. Barulah kita dapat berikan sehabis baik buat keluarga dan dalam masa yang sama dapat income dan juga bantu orang lain dapat income dan manfaat daripada produk atau bisnes yang kita buat. 


Tips Uruskan Rumahtangga dan Bisnes Online:


1. Buat To-Do-List 

Sediakan 1 buku nota khas untuk kita tulis To-Do-List untuk esoknya. Tulis pada buku. Ia adalah lebih berkesan dan efficient berbanding kita tulis di hp atau secara 'maya'. Sebab apa tulis pada buku, sedangkan tulis kat hp lagi mudah dan lebih up-to-date gitu, lagi pun tangan kita lebih lama dan kerap pegang hp berbanding pegang buku?


Iyer, bukan tak boleh tulis kat hp... tu terpulang pada keselesaan masing-masing. Nak tulis kat notice board pun boleh. Tulis kat kertas A4 pun boleh. Kat diary/planner/bullet journal pun boleh. Suka hati memasing nak tulis kat mana pun, yang penting TULIS To-Do-List setiap malam sebelum kita tidur!


Tujuan tulis kat buku atau kertas ialah supaya bila satu-satu task yang kita nak buat tu dah kita siapkan, kita boleh terus tanda (TICK) atau tulis (DONE), atau (ZASSS PALANG). 


Itu adalah achivements kita untuk apa yang kita perlu dan nak buat pada hari tersebut. Jika ada 10 T0-Do-List kita nak buat hari tersebut, kita berjaya buat 5 contohnya, kita dah tanda (TICK), itu adalah kejayaan buat kita! Ia adalah progress. Kita mesti rasa sangat best dan lagi bersemangat nk buat list-list task lain yang kita nak buat. 


Kita juga dapat carry forward apa yang tak dapat buat hari ini untuk esok hari, atau hari seterusnya.


Task boleh dibuat ikut priority. Mana penting, kita buat dulu. Atau boleh buat ikut masa yang perlu kita spend untuk buat dengan konsep: shortest job first'. Bila dah siap task yang priority dan shortest job first, barulah kita buat the next-next-next task. Tak sempat siap, kita sambung esok. Jangan stress jika tak sempat siap semua To-Do-List yang kita nak buat tu. At least, kita dah dapat tengok dan lihat apa achievements dan progress yang kita dah buat.


Cubalah buat, korang mesti rasa wah, bestnya. Barulah rasa banyak yang kita perlu buat dan dah buat, dan kita dapat atur kehidupan harian kita dengan lebih baik. 


Tips nak lagi semangat menulis To-Do-List? Ialah dengan sediakan buku nota khas yang cantik dan pen-pen atau marker yang berwarna-warna. Eh, seronok tau. Bila pegang pen dan kertas... otak, mata, tangan dan mulut kita akan sama-sama bekerjasama gitu. Ia akan jadikan kita lebih produktif dan bersemangat untuk memulakan hari esok. 


Korang cuba okey, first tips yang CikHas kasik ni. 



2. Kemas Rumah & Dapur Siap-siap Sebelum Tidur

Yer. Ini sangat membantu korang untuk memulakan hari esok yang produktif! 


Bayangkan, bangun pagi tengok ruang tamu dah kemas, sejuk mata memandang. Bila ke dapur pulak, sinki takder pun lambakan pinggan mangkuk cawan kotor tak berbasuh. Meja makan pun bersih. 


Mood kita pasti akan lebih bersemangat untuk memulakan hari baru. Kita tau kan, waktu pagi adalah penentu untuk kita meneruskan keadaan kita sepanjang hari. 


Bila rumah dan dapur kita dah siap kemas malamnya tu, pagi kita dah tak payah spend masa dan tenaga mengemas rumah dan dapur dah. Tau ajer la bila dah spend masa dan tenaga ke situ, nak buat kerja bisnes dah lemau. Ni tips nampak cam remeh, tapi impact dia besar tau dalam urusan harian dan mood kita!


Jadi, make sure mintak kerjasama ahli keluarga untuk sama-sama bertanggungjawab kemas ruang tamu dan dapur sebelum masuk tidur. Jika siapa minum air sebelum tidur, jangan mengada nak tinggal cawan tak berbasuh. Haa, gitu amaran dia haha!



3. Rancang Menu untuk Seminggu dan Masak Awal Pagi

Rancang menu, siapkan bahan masakan (pes, potong dan simpan sayur siap-siap), dan pastikan alatan memasak sentiasa sedia dan mudah untuk dicapai bila nak guna. Kot yer pun nak mengemas, susah jugak kalau tiap-tiap kali lepas masak simpan dalam rak yang agak susah kita nak ambik. 


Bahan masak kalau dalam bentuk pes, buat siap-siap. Nanti bila nak masak, just panaskan dan campak jer bahan-bahan masak dalam tu. Memang akan sangat menjimatkan masa di dapur. 


Masak awal pagi terus untuk lunch. Ini bagi yang tak kesah la makan makanan yang masak dari awal pagi kan. Awal tak awal pun, kalau pukul 8 pagi - 9 pagi tu, dah kira awal la kan. 


Bila kita siap masak awal, kita akan ada lebih masa untuk buat kerja bisnes. Lagi pun, waktu pagi energy kita masih tinggi lagi. So, jangan bazirkan energy tu. 


Itu jer tips untuk kali ini. Ada lagi yang boleh CikHas share, cuma kalau panjang sangat taip dalam 1 post, korang skip baca pulak haha. Nanti CikHas share lagi, InsyaAllah. 



Oh ya, buat uols yang sedang cari peluang bisnes, CikHas nak ajak uols buat bisnes MEERACLE. 


Bila bisnes dengan CikHas, bukan ajer tips bisnes CikHas kasik, tapi tips nak urus bisnes pun CikHas kasik. Sebab apa? Sebab CikHas nak kita sama-sama jadi isteri, ibu, anak dan wanita yang seimbang dalam segala segi. Kita ingin berikan yang terbaik dan cuba untuk jadi yang terbaik dengan versi diri kita yang tersendiri. 


Apa-apa, boleh terus whatsapp CikHas tau. KLIK SINI. 

Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS


About me

About Me

'CikHas sangat suka dengan kecantikan. Suka tengok wanita-wanita kat luar sana sentiasa cantik dan gojes gitu. Pada CikHas, penampilan wanita tu sangat penting. Sebab tu bisnes pun ke arah kecantikan juga. Do what we love, love what we do. SELAMAT DATANG KE BLOG CIKHAS.

- Hasanah Hasrin / CikHas -


recent posts

Most Popular

  • Senarai Agent TeamCikHas
    Anda boleh dapatkan produk Meeracle melalui CikHas atau melalui Agent TeamCikHas seperti yang CikHas senaraikan di bawah.  Agent Ruby...
  • Moment Kenangan CikHas Bersama Founder Meeracle - Puan Meera Nordin
    Adakalanya, bila CikHas imbas kembali kenangan sepanjang jalankan bisnes Meeracle lebih kurang 3 tahun ni, rasa macam mimpi jadi kenyataan...
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
     TERBARU DARI MEERACLE! MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0 Dapatkan secara PERCUMA  dengan setiap pembelian bernilai RM99 ke atas. *sementara ...
  • Welcome to Blog CikHas
    Assalamualaikum. Salam perkenalan dan selamat datang ke blog CikHas: Meeracle Empire byCikHas . Nama saya Hasanah Hasrin. Panggilan m...
  • Meeracle Under The Sea Scrub
    Meeracle Under the Sea Scrub Is coming soon. T U N G G U !!!
  • Jana Income dari Rumah dengan Meeracle
    Adakah anda surirumah sepenuh masa? Jom!  Jana income hanya dari rumah dengan: MEERACLE Kenapa Meeracle adalah pilihan ...
  • RAHSIA KULIT GLOWING DAN ANJAL MACAM ORANG KOREA?
    Korang nak tau rahsia kulit glowing dan anjal macam orang Korea? Haaa... meh sini, CikHas pecahkan rahsianya untuk korang. Jangan cakap akak...
  • Contact Me
    Anda boleh contact dan follow CikHas melalui whatsapp dan channel di bawah: Hasanah Hasrin Meeracle Stokis Johor Bahru & Meer...
  • T E A S E R... Si Merah Yang Pasti Menggegarkan Pasaran Skin Care di Malaysia!
    Salam semua.  Lama CikHas tak bersiaran kat sini. Alhamdulillah, CikHas sekeluarga sihat walafiat. Semoga korang juga sentiasa sihat. Alhamd...
  • MEERACLE Year End Sale 2020!
      Year End Sale MEERACLE! Kita dah sampai ke penghujung tahun 2020. Kini, MEERACLE sedang mengadakan Year End Sale 2020. Apakah produk yang ...

CATEGORIES

  • AGENT TEAMCIKHAS
  • BUSINESS JOURNEY
  • Bisnes Dari Rumah
  • Cara Guna Produk Meeracle
  • Cleanser Meeracle
  • Dropship Meeracle
  • Foundation Meeracle
  • L'FEMME COSMETIC MEERACLE
  • LIFESTYLE
  • Leader CikHas
  • Luxury Cleansing Milk
  • MEERACLE AMETHYST LUSTRE GEMSTONE FOUNDATION
  • MEERACLE FACIAL CLEANSER
  • MEERACLE FACIAL SERUM
  • MEERACLE LIPSTIK
  • MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK
  • MEERACLE PRO FACE APPLICATOR
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
  • MEERACLE UNDER THE SEA
  • MEERACLE UNDER THE SEA MOISTURIZER
  • MEERACLE UNDER THE SEA SCRUB
  • MEERACLE UNDER THE SEA TONER
  • MEERACLE Under The Sea Facial Sheet Mask
  • MEERACLE Under the Sea (Travel Set)
  • Meeracle Empire byCikHas
  • Moisturizer Meeracle
  • NAFURA ENGLISH PEAR HEAD TO TOE SHOWER & SHAMPOO
  • NAFURA LUMIERE LOOSE POWDER
  • PROMOSI
  • Pakej Agen Meeracle
  • Peluang Bisnes Meeracle
  • Pencuci Wajah Meeracle
  • Pro Face Applicator
  • Produk Meeracle
  • REGINA BAG
  • Scrub Meeracle
  • Senarai Agent Meeracle
  • Serum Meeracle
  • Stainless Steel Tumbler
  • Surirumah Berpendapatan
  • TESTIMONI PRODUK MEERACLE
  • TIPS KECANTIKAN
  • The Sash Beauty
  • Tips Jaga Kulit Wajah
  • Toner Meeracle

Blog Archive

  • March (1)
  • February (4)
  • April (1)
  • December (4)
  • November (16)
  • October (20)
  • September (14)
  • August (15)
  • June (2)
  • May (13)
  • April (13)
  • March (16)

Created with by beautytemplates