Change Your Mindset for Your Success!
Setiap pagi, kita disarankan untuk memulakan hari baru dengan mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan usia untuk membuka mata pada hari baru. Kita masih mampu menggerakkan tubuh badan kita dan mengerdipkan mata. Itu juga adalah nikmat. Kita masih berada di samping insan-insan yang kita sayangi. Itu juga nikmat.
Maka... nikmat yang manakah lagi yang hendak kamu dustai?
Untuk itu, apabila kita telah memulakan hari baru dengan rasa syukur, InsyaAllah kita telah mula bersedia untuk membuka mindset kita untuk menjadikan hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam. Kita ingin jadikan hari ini untuk kita berusaha menjadi hamba Allah yang berusaha untuk menjadikan apa jua aktiviti kita sebagai ibadat dengan niat kerana Allah Taala.
Berjuanglah dan berusahalah untuk akhirat dan dunia kita. Kejarlah akhirat, kerana dunia pasti akan mengejarmu. Jika kita mendapat kedua-duanya secara seimbang, InsyaAllah... itulah kejayaan yang sangat bermakna dan tercapai matlamat kita untuk menjadi usahawan dunia akhirat.
Teruskan berjuang
Teruskan berusaha
Teruskan mengejar impianmu
Kerana tiada limit untuk kita berusaha melainkan minda kita sendiri meletakkan limit.
Salam kejayaan buat semua!
With Love
Hasanah Hasrin
"TOP AGENT RUBY MEERACLE 2018"
019 - 751 5660
❤
http://empirecikhas.blogspot.com
0 Comment