Bisnes Apa Nak Buat Pada Musim Covid-19?

by - October 01, 2020

Alhamdulillah. Dalam senang dan dugaan sepanjang 9 bulan dalam tanun 2020 ni, kita dapat laluinya dengan pertolongan dan izin dari Allah Taala. Harini dah pun masuk 1 Oktober 2020. Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar, kita dah lalui masa yang panjang di tahun 2020 ni dengan 'berjuang' melawan wabak Covid-19. 


Sehingga ke hari ini, seluruh dunia sedang berjuang melaluinya. Kadar peningkatan kes menaik dan menurun. Kadar kematian juga meningkat dan menurun setiap hari. Kes baru positif sentiasa kita nanti-nantikan pengumuman oleh DG Tan Sri Dr Norhisham. Setiap petang, kita menanti dengan penuh debaran. Takut sangat kalau kena PKP lagi. Nauzubillah, kerana ia pasti akan membuatkan semakin ramai yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan emosi. 


Sungguh... ia adalah kehidupan yang penuh dengan dugaan dan pengharapan. Agar Allah mengangkat kesusahan ini dan menghapuskan Covid-19 dari muka bumi ini dengan kuasaNya jua. Sesungguhnya, tiada daya upaya kita melainkan dengan izin dan pertolongan dari Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa. 

Bercakap tentang keadaan ekonomi yang terjejas teruk akibat Covid-19, rata-rata rakyat Malaysia khususnya turut merasainya. Banyak syarikat besar gulung tikar, apatah lagi syarikat kecil... ia menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan. Sungguh. Ia adalah kenyataan yang sangat pahit untuk ditelan. 


Namun begitu, selagi ada peluang untuk kita buat duit, cubalah. Pada masa kini, semua orang ada hp yang ada jaringan internet, kan? Maka, gunalah ia dengan sebaiknya untuk memulakan bisnes online. Sambil-sambil buat kerja lain secara offline, kita boleh buat bisnes online jugak. Cariklah sumber pendapatan daripada beberapa cara. Gunakan kemudahan internet, masa, kemampuan, kemahiran dan ilmu yang kita ada untuk cari pendapatan. 


Jangan mengeluh sahaja. Jangan hanya bersugul be1rmuram durja menyesali dan meratapi nasib. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dia sendiri berusaha untuk mengubahnya. Jangan mudah putus asa. Kita boleh mula bisnes dengan apa yang kita ada. Sumber yang ada, gunakan dengan sebaiknya. 

Mula dari bawah. Carilah bisnes yang tak perlukan modal yang besar untuk mulakan. Contohnya jadilah Dropship untuk produk yang kita yakin sentiasa ada permintaan terutamanya pada musim Covid-19 ni. Kita jangan judge semua orang takder duit nak shopping. JANGAN! Rakyat Malaysia ni ramai yang berduit dan sanggup keluarkan duit. Mesti korang ingat kan, masa PKP dulu... bagaimana sesaknya pusat-pusat courier service disebabkan rakyat Malaysia shopping online sakan sungguh!


Jangan limitkan kemampuan korang untuk buat duit dan kemampuan orang lain untuk beli produk. Percayalah, rezeki setiap orang tak sama. Dan, rezeki orang yang berusaha InsyaAllah pasti ada. Jadi, cuma tinggal korang saja untuk mula ambil tindakan untuk BERMULA bisnes. 


Kat sini, sempena dengan 1 Oktober 2020 yang baru bermula harini, dan bermakna lagi 2 bulan kita akan berada pada akhir tahun 2020... CikHas nak ajak korang yang sedang mencari peluang bisnes atau peluang untuk jana pendapatan samada secara online atau offline untuk buat bisnes MEERACLE bersama team CikHas iaitu The Sash Beauty. 


InsyaAllah, korang boleh mulakan bisnes MEERACLE ni dengan bermula mengikut kemampuan modal korang berapa. Nak mula dari Dropship boleh, nak jadi Agent pun boleh. Terpulanglah pada korang. Namun, tak kira dari level mana korang bermula... dengan kesungguhan korang untuk buat, InsyaAlah akan ada hasilnya. 


Kalau nak maklumat lanjut, korang boleh terus Whatsapp CikHas. Jangan malu-malu. CikHas tak kesah punya, dan yang penting korang nak buat. So, do it now - do it rights. Masa tak tunggu kita. Kita pun tak tau sampai bila keadaan ekonomi sebegini akan terus berlaku... adakah semakin baik atau sebaliknya. Namun, kita kita cepat-cepat bertindak untuk 'jaga' dan 'baiki' ekonomi poket kita dan keluarga kita dulu. 


Okey... apa-apa terus whatsapp CikHas. KLIK SINI

You May Also Like

0 Comment