5 Tips Jaga Kecantikan Kulit Wajah dan Kesihatan Badan dengan Air Masak

by - October 06, 2020

Ada tak di kalangan kita yang susah nauuu nak minum air masak? 


Kalau minum air masak, sampai rasa berchenta sangat nak cukupkan 2 liter sehari. Tapi... kalau dibagi air manis, haa laju jer kan kau telan haha. 


CikHas harap, lepas CikHas kongsikan tentang 5 Tips Jaga Kecantikan Kulit Wajah dan Kesihatan Badan dengan Air Masak, dapatlah naikkan semangat korang untuk disiplin minum air masak dengan kadar yang mencukupi setiap hari. 

5 Tips Jaga Kecantikan Kulit Wajah dan Kesihatan Badan dengan Air Masak


1. Air membantu mengekalkan kesihatan kulit

Pengambilan air masak yang mencukupi dan konsisten dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit tau. Kulit akan jadi lebih anjal gitu. So, secara tak langsung ia dapat membantu melambatkan dan mengurangkan kedutan di wajah. Amacam? Ada rasa nak terus ambik air masak 1 botol terus minum? 


2. Air membantu menurunkan berat badan

Ni dah bulan Oktober 2020. Ada ke di kalangan uols yang belum lagi berjaya capai azam tahun 2020 nak turunkan berat badan? Jika belum... apa kata terus mulakan semula dengan meminum air masak yang mencukupi kerana air dapat membantu menurunkan berat badan. Menarik sangat info ni, kan?


3. Air membantu singkirkan toksin dari badan

Bila badan banyak toksin, secara tak langsung kesan tu akan terpancar pada kulit wajah jugak tau. Muka pun nampak kusam dan letih semacam ajer. Jadi, secara basicnya untuk kecantikan kulit dan juga kesihatan badan secara keseluruhan, kita mestilah singkirkan toksin dalam badan dulu. Caranya, minumlah air masak secukupnya. 


4. Air membantu kulit wajah kelihatan berseri-seri secara semulajadi

Bila air mencukupi dalam badan, wajah akan nampak berseri-seri sebab tak kusam. Make-up sikit ajer pun akan nampak kelainannya berbanding wajah yang kusam. Cukup pakai foundation MEERACLE ajer, terus berseri-seri wajah. Nak tambah lagi seri, calit lipstik MEERACLE dan jugak blusher MEERACLE. Then, kita dah ready untuk tampil anggun tanpa perlu make-up tebal. Eh, ter-promote pulak hihi. Ala, ni sebagai contoh la kan, tapi kalau nak beli, cepat-cepat Whatsapp CikHas :)


5. Air membantu mengurangkan stress

Bila kita stress, secara tak langsung ia akan terpancar pada wajah yer. Bayangkan muka lesu, tegang, kening berkerut dan masam ajer, pasti buatkan muka kita kelihatan tua sebelum waktunya. Oh NO! Tak mau sebut pasal ni kan. Sebab stress bukan saja tak bagus untuk wajah, tapi pada keseluruhan badan sekali, iaitu fizikal dan mental. 


Nowadays ni, bukan mudah nak hindari stress, lebih-lebih lagi pada musim pandemik Covid-19 ni. Namun, kita mesti cuba tangani stress dengan baik. Antara caranya ialah dengan meminum air masak yang mencukupi. Minumlah air kosong segelas, berselawat, istiqfar, tarik nafas dan bertenang. Walaupun mungkin masalah belum dapat diselesaikan, namun sikit sebanyak ia dapat membantu kita bertenang agar kita dapat berfikir dan bertindak secara rasional. 


Semoga apa yang CikHas kongsikan ini bermanfaat buat kita semua. CikHas pun kekadang ke lautttt jugak pasal minum air masak mencukupi ni hihi. Apa pun, jom kita sama-sama amalkan. Bila dah jadi amalan, ia akan jadi tabiat. 


Okey, nanti CikHas kongsikan lagi tips kecantikan dengan uols. Sampai jumpa lagi, jaga diri, jaga jarak & patuhi SOP. Kita doakan semoga wabak Covid-19 ni akan berkurang dan terhapus terus dari muka bumi ini. Kita mesti menang! 

You May Also Like

0 Comment