facebook instagram
Powered by Blogger.
  • HOME
  • ABOUT
  • MEERACLE UNDER THE SEA
    • Moisturizer
    • Toner
    • Scrub
    • Facial Sheet Mask
    • Travel Set
  • MEERACLE SKIN CARE
    • Facial Cleanser
    • Luxury Cleansing Milk
    • Facial Serum
    • Foundation
    • Beauty Defender
    • Quiver Facial Brush!
  • MEERACLE COSMETICS
  • JOIN US!
  • CONTACT

Meeracle Empire byCikHas

 

MEERACLE Stainless Steel Tumbler

Limited Edition

While stock last!


Ia sangat elegant & ekslusif.

Meeracle Lover!
Anda mesti dapatkannya.


Jadilah yang terawal memiliki MEERACLE Stainless Steel Tumbler. 


Whatsapp CikHas untuk dapatkannya sementara stok masih ada. 


Hasanah Hasrin

STOKIS DIAMOND 2020
"TOP AGENT RUBY MEERACLE 2018"
019 - 751 5660
❤
http://empirecikhas.blogspot.com

Siapakah wanita cantik yang telah terpilih menjadi wajah baru MEERACLE (MEERACLE Ambassador)? 

Ramai yang meneka beliau ialah Scha Al-Yahy, Ain Edruce dan beberapa orang artis lagi. Namun, ia masih kekal menjadi rahsia... yang hanya akan dirungkaikan pada hari Jumaat 23hb Oktober 2020. 

Sama-sama kita nantikan debaran itu berakhir! Tunggu tau:

23hb Oktober 2020 (Jumaat)



Namun yang pasti... CikHas telah berjaya menjadi salah seorang The Winner of Ambassador Challenge bersama-sama dengan 3 lagi rakan seperjuangan dalam MEERACLE. Alhamdulillah untuk rezeki ini. 

Okey, itu saja untuk kali ini. Tak sabar menanti saat 23hb nanti. Kita tungguuuuuuuu!

 


Persahabatan itu...
Lebih sukar dari Matematik,
Lebih rumit dari Fizik,
Lebih susah dari Biologi,
Tapi ia tak sebosan Sejarah,
Kerana ia penuh dengan Chemistry.

Maka... 
Nikmatilah betapa indahnya
Nilai persahabatan itu.


Hasanah Hasrin

STOKIS DIAMOND 2020
"TOP AGENT RUBY MEERACLE 2018"
019 - 751 5660
❤
http://empirecikhas.blogspot.com

Nampaknya, setiap hari kes Covid-19 di Malaysia makin meningkat, lebih-lagi kat Sabah dan Lembah Klang. PKPB pun dah mula dibuat untuk beberapa negeri untuk tempoh 14 hari iaitu 14 Oktober - 27 Oktober 2020. Semoga langkah yang di ambil oleh pihak kerajaan Malaysia ini dapat membantu mengekang penularan Covid-19 di negara kita. Aamiin. 


Harini, CikHas nak share dengan uols beberapa Tips Redakan Stress atau Elak Burn Out Bagi Surirumah di Musim Covid-19 & PKPP/PKPB/PKP. 

CikHas faham, 'kasut' setiap orang tak sama. Sebab kehidupan setiap dari kita berbeza-beza. Namun, sikit sebanyak CikHas harap agar apa yang CikHas nak kongsikan ni dapat berikan manfaat buat sesiapa saja yang memerlukan khususnya surirumah. CikHas pasti, di musim ini... tanggungjawab dan tekanan yang dipikul oleh setiap orang bertambah. 

Kita cuba lalui dan cuba cari cara untuk redakan stress mengikut apa kemampuan kita. InsyaAllah, dengan izin dariNya, doa daripada kita dan cara kita lalui kehidupan harian kita dapat membantu sedikit sebanyak. 


Ini dia tips Redakan Stress atau Elak Burn Out Bagi Surirumah di Musim Covid-19 & PKPP/PKPB/PKP dari CikHas. Gunakan mana-mana yang sesuai dengan situasi uols. 

Reward diri dengan makanan yang boleh memberi keceriaan kepada kita. Kalau diet pun, ala sekali-sekala, aci laaa cheat day kan. Nanti diet la semula hihi. Nikmati dengan penuh perasaan tau. Takder kek, roti cicah air teh ke, biskut cicah air milo ke...pun sedap. Just enjoy the food!



Manjakan diri semasa mandi. Mandi puas-puas. Sental badan habis-habis. Tak dapat pegi spa, takper. Kita bawak spa kat rumah. Ala, tak kesah la pakai sabun syampu scrub cap apa pun. Feeling tu penting. Kalau ada anak kecik, mintak la sesiapa tolong jaga kejap. Tak pun, masa anak baru nap, cepat-cepat korang masuk toilet ber-spa sesorang. Tapi kena pasang telinga la, kang anak melalak sesia jer tak perasan. Hehe.



Dok rumah pun, bersiaplah elok-elok sikit untuk bagi mood kat kita. Dress well. It's okey to be simple but still presentable. Bersiap sikit-sikit. Mesti kita akan rasa mood best jer. CikHas nak bagi tips, uols boleh jer bersiap beria sikit lepas dah siap masak. Dah siap masak, mandi lagi sekali... kemudian bersiaplah lelawa sikit. Haa gitu. Faham sangat surirumah kan, masak dan mengemas berpisah tiada, bila nak melawanya. Jadi, inilah tips yang boleh dibuat. 



Perfume ada? Kalau ada... spray sikitttt. Berwangi-wangian itu sunnah dan ia juga adalah terapi. Kalau suami ada kat rumah, dapat pahala berwang-wangian untuk suami. Mudah kan? Kalau takder perfume, losyen pun boleh. Essential oils lagi bagus!



ME TIME!
Ini sangat penting. Dalam rumah pun boleh  Me Time. Takyah nak beria sampai nak kena keluar rumah bagai. Mintak sesiapa jaga anak kejap... atau time anak leka main, atau time anak nap... lagi bagus time suami ada. Bagi dia pulak uruskan anak. Kita surirumah ni, burnt out sebab takder masa untuk diri sendiri. Dapat duduk sesorang dalam bilik ke, kat ruang membaca ke, kat laman ke, atas katil ke... dah memadai sangat. Tak kesah la, nak baca Al-Quran ke, kitab ke, majalah ke, buku ke, buat jer. Sebolehnya cuba elakkan pegang hp atau mengadap pc. Sebab kita nak benar2 rehat yang tak perlu nak tengok atau baca benda-benda yang boleh buat kita serabut. Lagi-lagi zaman Covid-19 ni, macam-macam isu tak best timbul. So, stay away from internet/social media during our me time. 



Last tips...
Berhiaslah untuk diri sendiri dengan produk MEERACLE. Tak nak guna semua produk takper, guna yang basic jer. Biar kita rasa diri kita ni lawa hahhaa. Biar kita rasa kita surirumah pun boleh bergaya dan kita hargai kurniaan Allah pada kita. Jadi surirumah bukan alasan kita nak abaikan diri kita. Do it for ourself, not others. InsyaAllah we will appreciate ouself more and more!





After all... jika ada sebarang tekanan yang kita rasa dah tak mampu dah nak lalui sorang-sorang, carilah sesiapa yang kita percaya untuk kita berkongsi rasa. Jangan pendam sorang-sorang. InsyaAllah, bila meluahkan kita akan rasa lega. Jaga diri baik-baik. Jaga keluarga baik-baik. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. 


Semoga tips yang CikHas kongsikan ini bermanfaat buat kita. Sampai berjumpa lagi :)

 Assalamualaikum. Selamat Pagi Semua.

Syukur Alhamdulillah. Semalam dah selamat mendarat sample sachet MEERACLE dan juga st0k batu permata untuk bulan Oktober.





St0k yang menimbun ni khas untuk customer serta Stokis/Agent/Dropship CikHas. Tahniah korang semua.




Bermula Januari 2018 sehingga ke Oktober 2020...
CikHas masih setia dengan MEERACLE. Syukur alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk buat bisnes ini. Insyallah akan terus buat, buat, buat sehingga sampai ke puncak kejayaan.


Tahniah kepada semua TEAM #EmpireMeeraclebyCikHas yang sangat-sangat supportive, sangat-sangat membantu. Dan tanpa korang CikHas tak boleh nak bertahan sehingga 3 tahun lamanya. Lebbb u korang semua.
😘😍


Ada ke yang sedang intai-intai untuk buat bisnes ni, meh roger-roger CikHas atau team-team CikHas. Kami akan guide korang semua untuk berjaya dalam bisnes MEERACLE. Insyallah. Tak cuba tak tahu kan. Kena bertindak baru kita tahu hasilnya. Boleh tau tidak. Boleh ke boleh?

Jika korang fikir boleh, korang pasti boleh!

Perlu ke cuci muka dengan cleanser?

Jawapannya: YA!


Sebab sedar tak sedar, bila seharian... kulit kita akan berminyak, habuk pun akan melekat dekat kulit uols dan masuk ke dalam pori-pori kulit.

Kalau cuci dengan air je, mcm mana nak bersihkan semua tu? Bila kulit tak di cuci dengan betul, keluarlah semua jerawat dekat muka.
😨



Dan MEERACLE boleh bantu untuk mencuci kulit muka uols dan tinggalkan kulit yang fresh! Baru la kulit jadi bersih. Uols dah try ke belum MEERACLE Facial Cleanser ni?



Nak dapatkan info lebih lanjut tentang MEERACLE Facial Cleanser, boleh klik kat SINI.

Untuk pertanyaan lanjut atau nak order, boleh terus Whatsapp CikHas.

Mungkin ada yang terdetik rasa di hati bila tengok CikHas dan Bisnes MEERACLE, samada tengok post-post CikHas di Facebook Personal CikHas iaitu Hasanah Hasrin, di official page CikHas iaitu MEERACLE Stokis Johor Bahru dan juga di blog ni iaitu Meeracle Empire by CikHas bahawa mudahnya dan seronoknya tengok CikHas berbisnes MEERACLE.

Masyukkkk giler!

Manjang jer restok. Restok bukan sikit-sikit tu. Lepas tu, kejap-kejap restok, kejap-kejap restok. Agent dan dropship pun ramai dan mereka kebanyakannya aktif berbisnes. 


Memang best dan adore sangat tengok CikHas berbisnes. Macam mana CikHas buat tu? Ada tak halangan dan cabaran yang CikHas lalui sepanjang berbisnes MEERACLE.


Macam mana CikHas buat. Bukan mudah nak sampai level Diamond Stokis MEERACLE ni, hanya yang benar-benar sungguh-sungguh berbisnes jer boleh buat. Sebab bisnes MEERACLE ni real bisnes. Bukan bisnes sembang kencang sampai gajah pun boleh terbang. Dan takder konsep beli stok simpan bawah katil, lepas tu ber huhuuu la sebab tak dapat cairkan stok jadi duit semula. 


Macam mana CikHas buat? 
Macam mana CikHas bina empayar bisnes?
Macam mana CikHas lalui semua dugaan yang datang?
Macam mana CikHas bina team?
Macam mana CikHas didik dan jaga team?
Mana mana CikHas urus modal dan untung?
Macam mana CikHas urus kewangan?
Macam mana CikHas urus masa antara family & bisnes.

.... dan 1001 lagi persoalan!


InsyaAllah CikHas akan share sikit demi sikit. CikHas tak hebat dan tak kuat pun uols. Ada masa dugaan dan cabaran pasti datang. Inilah namanya kehidupan. Namun, segala kehebatan dan kekuatan dan juga rezeki adalah pinjaman dan kurniaan dari Allah Taala jua.


CikHas hanya berdoa, bertawakkal, berusaha, menyusun strategi, menambah ilmu dan mengikut kata mentor dan jugak Founder MEERACLE... alhamdulilah... inilah hasil yang CikHas kecapi.


Untuk itu, CikHas buka peluang kepada sesiapa sahaja yang nak personal coaching daripada CikHas tentang bisnes untuk terus Whatsapp CikHas. Im willing to share to those who is really want it. Semoga ada saham pahala buat CikHas.


Tak semestinya anak team CikHas ajer tau. Tapi kepada uols yang sedang buntu atau sedang cari peluang bisnes, boleh contact CikHas. Okey, KLIK SINI nanti kita sembang tepi. 

Hai uols!
CikHas ada good news nak share dengan uols.


CikHas nak bagi PERCUMA sampel serum MEERACLE dan Facial Cleanser MEERACLE.

Wah! Benda pree... siapa tak suka dan tak nak kannn? Jadi, inilah peluangnya korang nak dapatkannya daripada CikHas atau daripada Agent TeamCikHas


Macam mana cara nak dapatkannya? 



Caranya ialah:

Dapatkan mana-mana produk MEERACLE pada harga RM50 dan keatas, maka sample sachet limited edition ni milik uols yang bertuah dan merebut peluang ni secepat mungkin.



Stok terhad ya! So kenalah cepat-cepat sebelum habis stok.




Macam mana uols? Mudah ke mudah sangat?


So, cepat-cepat whatsapp CikHas untuk dapatkan mana-mana produk MEERACLE dengan pembelian minimun RM50 untuk dapat PERCUMA Sampel Serum MEERACLE dan Facial Cleanser MEERACLE. 


Klik SINI untuk whatsapp CikHas. 

Bagi sesiapa jer yang pernah ada pengalaman terrrrsilap pakai produk skincare yang ada merkuri, pasti ia adalah pengalaman ngeri buat korang, kan? 


Uiks... mau tak ngeri dan takut kannn kalau ia boleh jejaskan kesihatan badan jugak. Dah la muka jadi bermasalah, tapi lagi menakutkan jika dipakai secara berlebihan atau tempoh yang lama, atau pun produk tu memang sangat tinggi kandungan merkuri-nya, ia boleh menyebabkan kulit badan dan organ badan pun terjejas. Jangan tak tau yer, salah satu punca kanser kulit, masalah penyakit hati dan kerosakan buah pinggang ialah kerana guna produk skincare atau make-up yang berbahaya, iaitu mengandungi merkuri. 


Sebab itulah, kita kena hati-hati dalam memilih produk make-up dan skincare. Jangan nak hasil yang cepat ajer tau, sampai kita abaikan faktor keselamatan. Takper, hasil yang lambat, asalkan ia selamat dan berkesan. Sabor... gunakan secara betul dan konsisten, amalkan gaya hidup sihat... InsyaAllah, letops. 


Kita baca kisah daripada Aida, salah seorang mangsa pakai produk ada Merkuri. 
 
Masalah akan muncul apabila memakai salah product, Aida salah seorang mangsa memakai produk yang ada mercury. Bila Aida mula pakai Meeracle sejak 2 bulan, ia mampu menyelesaikan masalah kulit wajah Aida sebab Meeracle tiada bahan kimia yang merbahayakan. Ianya selamat dipakai kerana tiada mercury di dalamnya. Kini, anda boleh dapatkan kulit yang bersih berseri dengan Meeracle.
Dengan Meeracle, anda pasti menjadi!




So, andai korang adalah seorang daripada mangsa seperti Aida, korang masih belum terlambat untuk stop guna produk tersebut, dan mula bertukar kepada produk MEERACLE. InsyaAllah, perlahan-lahan kulit muka korang akan bertambah sihat dan pulih. 


Korang boleh dapatkan konsultasi percuma daripada CikHas. Jangan risau, takder paksaan untuk terus beli produk MEERACLE. Yang penting, korang dapat tau produk yang mana sesuai korang mula guna (ikut bajet dan keperluan), berdasarkan keadaan kulit korang. Citer jer kat CikHas, ikut whatsapp jer pun. InsyaAllah, CikHas boleh bantu bagi consultation. 


Terus whatsapp CikHas kat SINI. 

Bila kulit wajah ada jerawat dan juga parut, secara automatik selalunya kita akan mula rasa hilang keyakinan diri. Rasa segan sangat nak keluar jumpa orang, kan? Nak tengok muka sendiri kat cermin rasa ohhhh tidakkkk! Tapi, nak buat macam mana kan... jerawat ni kalau dia nak naik, dia naik jer. Tak kiralah peringkat umur berapa pun. Dah jadi remaja purbakala pun ada masanya jerawat nakkk jugak menempel naik kat wajah ni. Eiii sabor jer lah. 

Kita pun tau kan, ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan naik jerawat kat wajah kita. Antaranya ialah:

  • Perubahan hormon
  • Faktor usia
  • Pemakanan
  • Persekitaran
  • Lifestyle
  • Stress 
  • Silap pakai produk skincare atau make-up
  • Dan sebagainya...

Satu masalah lagi yang timbul akibat jerawat ialah parut! Dah naik jerawat tu, kira okey lagi la sebab cepat atau lambat ia akan kecut/pecah dan surut. Tapi, masalah lagi besar dan berpanjangan ialah lekat parut lah pulakkkk. Parut ni la yang tak sanggup rasanya nak hadap. Boleh sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun dan juga ada parut yang kekal ya. Oh no! Bila ada parut ni, nak make-up pun rasa tak confident jer. 
Jadi... ada tak produk MEERACLE yang dapat bantu atasi dan kurangkan masalah jerawat dan parut? At least jerawat dapat semakin berkurang dan parut pudar sedikit demi sedikit. Ambik masa lama sikit pun takper, asalkan produk selamat dan berkesan. 


Jangan risau korang... MEERACLE ada produk yang boleh bantu korang pudarkan parut dan juga kurangkan jerawat iaitu:

  • MEERACLE Facial Cleanser
  • MEERACLE Facial Serum


MEERACLE Facial Cleanser



MEERACLE Facial Serum



Nak tengok dan baca testimoni pelanggan MEERACLE yang dah guna dan rasai hasil penggunaan MEERACLE Facial Cleanser dan MEERACLE Facial Serum? Jom, kita tengok dalam gambar dan captions kat bawah ni:

Parut semakin pudar. Jerawat pun makin kurang apabila anda mula memakai Pembersih Wajah Meeracle dan Serum Wajah Meeracle. Kulit idaman anda bermula dari rutin penjagaan kulit yang betul 



Best kan? Pasti korang rasa legaaa sangat bila dah tau ada rupanya produk MEERACLE yang boleh bantu kurangkan jerawat dan dalam masa yang sama dapat bantu pudarkan parut. Lepas ni, tak payah dah bergundah-gulana menilik cermin lagi tau! Cepat-cepat order MEERACLE Facial Cleanser dan juga MEERACLE Facial Serum. Order dengan CikHas tau. Nanti korang akan dapat special consultation daripada CikHas. 


Okey, CikHas tunggu untuk bantu korang yang ada masalah jerawat dan parut. Okey, boleh tekan SINI untuk terus ber-whatsapp dengan CikHas. Till then, sampai jumpa lagi dan jaga kesihatan, jaga jarak dan jangan lupa jaga kecantikan kulit sekali. 

Memang MEERACLE sangat kan, kalau dapat guna produk skincare yang dapat bantu hilangkan atau at least kurangkan jerawat dan jeragat. Dedua 'j' ni memanglah musuh ketat tak kiralah wanita mahu pun lelaki yang mementingkan penjagaan kulit wajah dan penampilan diri. 


CikHas la salah sorang antaranya. Memang susah hati sangat tau kalau muka ni naik jerawat. Lepas tu, lagi takut kalau naik jeragat. Sebab jeragat lagi susah oiii nak hilang atau pudarkan. Nak gi laser, alahai... bukan sekali dua jer kena buat treatment. Ongkosnya perlu besar yer buk untuk laser treatment. Hmmm jadi kita cubalah dulu dengan produk MEERACLE yang tak kurang hebatnya tau. 


Bila baca feedback pelanggan MEERACLE ni, rasa sejuk dan lega sangat kan... dah tak perlu risau dah dengan masalah jerawat dan jeragat. Kita gunakan produk-produk MEERACLE sebagai rutin harian skincare kita. Guna dengan konsisten tau, bukan kejap guna kejap tidak. Kalau nak betul-betul menjadi dengan MEERACLE, mesti ikut step skincare routine dengan penuh disiplin gitu. 

Ni satu lagi antara feedback yang menjadi dengan Meeracle. Masalah jerawat dan jeragat boleh hilang jika anda mengamalkan rutin jagaan kulit anda secara konsisten. Nak cantik, memang kena rajin! 


Okey, mungkin effect camera gambar yang after tu agak over yer hihi, tapi secara logiknya kita dapat agak bahawa banyak improvements pada kulit wajah pengguna MEERACLE ni. Kulit wajah dia yang sebelum tu nampak banyak sangat jerawat yang besar-besar, kan? Kalau tak betul-betul jaga kulit wajah dan disiplin amalkan rutin jagaan kulit wajah (semestinya dengan rangkaian produk MEERACLE), memang susah la kulit dia nak kembali pulih dan nampak flawless gitu. 


Jadi, uols yang ada masalah jerawat dan jeragat, boleh jadikan pengguna MEERACLE yang ni sebagai inspirasi untuk korang kembalikan kesihatan dan kejelitaan kulit wajah uols. Nak guna produk MEERACLE yang mana satu ni CikHas? 


Antara rangkaian produk MEERACLE


Okey... uols boleh terus klik whatsapp link INI untuk terus dapatkan khidmat nasihat dan rundingan percuma gitu daripada CikHas. Nak beli produk tak semestinya guna semua terus. CikHas faham mungkin kekangan bajet kan. Maybe boleh mulakan dengan produk yang paling asas dulu seperti MEERACLE Facial Cleanser. Ada bajet, boleh tambah lagi produk-produk lain. Kalau nak dapat pakej harga menarik, boleh terus sign up sebagai Dropship atau Agent. Mana tau, dah guna terus jatuh hati nak kongsi kehebatan produk MEERACLE ni pulak dengan orang lain.


So, terus whatsapp CikHas okey! 

Salam uols.

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, CikHas nak share sikit tentang hal berkaitan keagamaan. Alah, bukan nak tunjuk CikHas ni macam ustazah pilihan ke apa kan, cuma apa yang CikHas nak kongsikan ni adalah berdasarkan pada pengalaman yang pernah CikHas lalui, melalui sharing dari orang lain, dari dengar ceramah-ceramah agama, dari buku-buku dan sebagainya. CikHas masih lagi dan semestinya sentiasa dalam fasa belajar untuk bekalan dunia dan akhirat. 


Memang benar, hidup ni adalah sebuah kembara yang kita tak tau sampai bila akan berakhir. Namun, kita mestilah sentiasa mencari ilmu... dan lakukanlah ia kerana Allah. InsyaAllah, dengan rahmat daripadaNya, pasti ada keberkatan dan pahalanya. 


Alhamdulillah, sedikit sebanyak apa yang CikHas ketahui dan pelajari ada yang CikHas amalkan. Dengan izin Allah jua, ia banyak membantu CikHas dalam kehidupan harian dan juga bisnes. Ilmu ni, semakin banyak kita belajar, kita akan rasa betapa kerdilnya diri kita. Betapa kita ni takder daya upaya dan pengetahuan apa pun, melainkan dengan izin dan pertolongan Allah jua. 


Begitu juga dengan perjalanan bisnes... kita akan dan wajib sentiasa bergantung kepada Allah!

Janganlah kita nak perasan atau mendabik dada bahawa apa hasil yang kita dapat adalah atas usaha kita semata-mata. Jangan sesekali merasakan apa yang kita buat adalah kerana kehebatan copywriting, marketing channel, hasil khidmat influencer, hasil Ads dan sebagainya. Kita memang kena buat semua usaha dan cara untuk majukan bisnes kita, NAMUN... kita mestilah bergantung dan bersandarkan kepercayaan bahawa segala yang kita dapat buat dan dapat hasilnya hanyalah kerana izinNya jua dan kerana rezeki adalah pemberian mutlak daripadaNya. 


Takut sangat andai terpesong dari ajaran agama dan sunnah Rasulullah SAW dalam mencari rezeki khususnya melalui bisnes. Sebab itulah, bila nak buat sesuatu plan, kita kenalah bersandarkan kepada Allah. Macam mana nak explain ekkkk, sebab risau pulak apa yang CikHas nak sampaikan ni tak berapa nak betul cara penyampaiannya, atau boleh timbulkan salah faham.


Tapi, InsyaAllah... CikHas yakin uols yang baca post ni faham dan tahu tentang perkara ini. Sebab dah ramai yang share tentang konsep rezeki dan bisnes. Apa pun, semoga bisnes yang kita buat mendapat keredhaan daripada Allah. Buatlah yang sehabis baik dan berserahlah kepada Allah untuk memberikan yang terbaik juga buat kita. Jangan putus asa. Kerana, setiap usaha, doa dan tawakal yang kita buat pasti akan mendapat ganjaran samada di dunia dan akhirat. Berbisneslah dengan sifat jujur dan amanah sebagaimana Rasulullah SAW berbisnes. Baginda adalah role model untuk kita semua. 


Cukup takat ni dulu. Harini CikHas ada coaching dengan team CikHas. Inilah antara cara untuk CikHas tunaikan janji CikHas untuk bantu sesiapa jer yang buat bisnes bersama CikHas. Hulurkan tanganmu, kita buat sama-sama. Haa gitu.


Nak bisnes MEERACLE bersama CikHas, boleh terus Whatsapp SINI. 

Bukan main panjang tajuk CikHas kasik hari ni yer hihi. Panjang ada makna tu, bukan sesaja uols. Untuk memperkukuhkan lagi  MEERACLE dan untuk lebih mempopularkan lagi personal branding CikHas sebagai Founder The Sash Beauty. CikHas berbisnes dengan sungguh-sungguh tau sebab memang matlamat CikHas untuk jadikan bisnes MEERACLE sebagai bisnes long term dan untuk membantu orang lain juga untuk jana pendapatan dengan MEERACLE. 


Alang-alang berbisnes, mestilah sampai dapat bina empayar bisnes yang besar dan kukuh. Alang-alang berbisnes, biar dapat bantu orang lain. Dan... alang-alang berbisnes biarlah bisnes ni adalah bisnes yang akan kita fokus buat dan boleh diwarisi oleh anak-anak kita. Sebab itulah, CikHas sentiasa ajak anak-anak sama-sama bantu CikHas dalam urusan bisnes seperti bantu uruskan stok. Alah, bukan depan uruskan semua pun, hanya bantu apa yang mudah dibuat sesuai dengan umur dorang. Ini pun salah satu parenting tips untuk didik anak kita untuk lebih menghargai dan memahami apa yang parents mereka buat. 


Panjang punya mukaddimah kan. Ini CikHas nak share dengan uols, poster baru CikHas dengan The Sash Beauty. Siapa lagi yang buat poster-poster CikHas kalau bukan Suhaida Sue (Umiesue Studio). 


Ni FB Link Suhaida Sue (Umiesue Studio) tau, terus jer ke situ untuk info lanjut dan tengok hasil seni Sue dalam mendesign pelbagai jenis poster yang boleh digunakan samada untuk online dan juga offline (untuk printing).

Suhaida Sue (Umiesue Studio)

Memang CikHas sangat berpuas hati dan selesa bekerjasama dengan Sue. Uols kalau nak tempah poster apa-apa pun, boleh contact Sue tau. InsyaAllah harganya sangat berbaloi-baloi dengan hasil design Sue memang superb! Terbaik uols. Memang dengan Sue jer la CikHas carik kalau nak buat apa-apa poster. Terima kasih Sue kerana menjadi sahabat dan designer yang sangat mudah berurusan dan sangat baik. Semoga Sue terus success work from home tau. 


Ni kita pergi ke tajuk post ni yer hihih. 


CikHas akan adakan MEERACLE Biz Coaching istimewa dan khas hanya untuk TeamAgentCikHas. Next Program. Program ni akan diadakan pada hari Jumaat (9 Oktober 2020), iaitu ESOK! 


Next Program. Siapakah yang bakal di coaching.😍

Bertuah yang join team CikHas, CikHas akan bersua muka dengan semua agent-agent di bawah #MeeracleEmpireByCikHas. Kita belajar sama2 untuk kembangkan lagi team kami semua.

Coaching ada, reward Leader ada, reward master ada, reward hq pun ada, iklan dan copywriting juga semua dah disediakan. Tinggal copy paste sahaja. So tiada alasan. Nak dengan tidak sahaja.

Korang tinggal buat sahaja. Susah ke? Tepuk dada, tanya hati masing2. Nak berjaya kena bertindak. Jangan hanya melihat nanti sendiri yang merana.

Jumpa Esok Team.. Tak sabar CikHas nak potpetpotpet esok. Kita jumpa esok yer :)

Tindakan 200%, hasil pun akan dapat 200%

TAHNIAH TOP FIGHTER TeamCikHas


Tahniah Agent Kak Wan Norsiah Abdullah

Alhamdulillah, Kak Wan berjaya memenangi REWARD CHALLENGE JULAI - SEPTEMBER 2020. Rezeki buat bisnes dalam Meeracle. Yang penting buat dengan gembira. Untung dapat, rewards pun dapat.

Best ke best giler dapat duit terpijak? Dah ler untung biz pun dapat. Wahhh mashukkk giteww. Best kan macam ni? REWARD tu bonus, tapi kalau dapat memang seronok berganda-ganda... betul tak?




Untuk yang lain, tahniah CikHas ucapkan!
Korang memang ohsem dan bersemangat kental.






Teruskan berjuang untuk next reward dan jugak sale bulanan. Capai impian kita dengan usaha dan tindakan yang konsisten. Semoga kita semua terus success!
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS


About me

About Me

'CikHas sangat suka dengan kecantikan. Suka tengok wanita-wanita kat luar sana sentiasa cantik dan gojes gitu. Pada CikHas, penampilan wanita tu sangat penting. Sebab tu bisnes pun ke arah kecantikan juga. Do what we love, love what we do. SELAMAT DATANG KE BLOG CIKHAS.

- Hasanah Hasrin / CikHas -


recent posts

Most Popular

  • Senarai Agent TeamCikHas
    Anda boleh dapatkan produk Meeracle melalui CikHas atau melalui Agent TeamCikHas seperti yang CikHas senaraikan di bawah.  Agent Ruby...
  • Moment Kenangan CikHas Bersama Founder Meeracle - Puan Meera Nordin
    Adakalanya, bila CikHas imbas kembali kenangan sepanjang jalankan bisnes Meeracle lebih kurang 3 tahun ni, rasa macam mimpi jadi kenyataan...
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
     TERBARU DARI MEERACLE! MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0 Dapatkan secara PERCUMA  dengan setiap pembelian bernilai RM99 ke atas. *sementara ...
  • Welcome to Blog CikHas
    Assalamualaikum. Salam perkenalan dan selamat datang ke blog CikHas: Meeracle Empire byCikHas . Nama saya Hasanah Hasrin. Panggilan m...
  • Meeracle Under The Sea Scrub
    Meeracle Under the Sea Scrub Is coming soon. T U N G G U !!!
  • Jana Income dari Rumah dengan Meeracle
    Adakah anda surirumah sepenuh masa? Jom!  Jana income hanya dari rumah dengan: MEERACLE Kenapa Meeracle adalah pilihan ...
  • RAHSIA KULIT GLOWING DAN ANJAL MACAM ORANG KOREA?
    Korang nak tau rahsia kulit glowing dan anjal macam orang Korea? Haaa... meh sini, CikHas pecahkan rahsianya untuk korang. Jangan cakap akak...
  • Contact Me
    Anda boleh contact dan follow CikHas melalui whatsapp dan channel di bawah: Hasanah Hasrin Meeracle Stokis Johor Bahru & Meer...
  • T E A S E R... Si Merah Yang Pasti Menggegarkan Pasaran Skin Care di Malaysia!
    Salam semua.  Lama CikHas tak bersiaran kat sini. Alhamdulillah, CikHas sekeluarga sihat walafiat. Semoga korang juga sentiasa sihat. Alhamd...
  • MEERACLE Year End Sale 2020!
      Year End Sale MEERACLE! Kita dah sampai ke penghujung tahun 2020. Kini, MEERACLE sedang mengadakan Year End Sale 2020. Apakah produk yang ...

CATEGORIES

  • AGENT TEAMCIKHAS
  • BUSINESS JOURNEY
  • Bisnes Dari Rumah
  • Cara Guna Produk Meeracle
  • Cleanser Meeracle
  • Dropship Meeracle
  • Foundation Meeracle
  • L'FEMME COSMETIC MEERACLE
  • LIFESTYLE
  • Leader CikHas
  • Luxury Cleansing Milk
  • MEERACLE AMETHYST LUSTRE GEMSTONE FOUNDATION
  • MEERACLE FACIAL CLEANSER
  • MEERACLE FACIAL SERUM
  • MEERACLE LIPSTIK
  • MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK
  • MEERACLE PRO FACE APPLICATOR
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
  • MEERACLE UNDER THE SEA
  • MEERACLE UNDER THE SEA MOISTURIZER
  • MEERACLE UNDER THE SEA SCRUB
  • MEERACLE UNDER THE SEA TONER
  • MEERACLE Under The Sea Facial Sheet Mask
  • MEERACLE Under the Sea (Travel Set)
  • Meeracle Empire byCikHas
  • Moisturizer Meeracle
  • NAFURA ENGLISH PEAR HEAD TO TOE SHOWER & SHAMPOO
  • NAFURA LUMIERE LOOSE POWDER
  • PROMOSI
  • Pakej Agen Meeracle
  • Peluang Bisnes Meeracle
  • Pencuci Wajah Meeracle
  • Pro Face Applicator
  • Produk Meeracle
  • REGINA BAG
  • Scrub Meeracle
  • Senarai Agent Meeracle
  • Serum Meeracle
  • Stainless Steel Tumbler
  • Surirumah Berpendapatan
  • TESTIMONI PRODUK MEERACLE
  • TIPS KECANTIKAN
  • The Sash Beauty
  • Tips Jaga Kulit Wajah
  • Toner Meeracle

Blog Archive

  • March (1)
  • February (4)
  • April (1)
  • December (4)
  • November (16)
  • October (20)
  • September (14)
  • August (15)
  • June (2)
  • May (13)
  • April (13)
  • March (16)

Created with by beautytemplates