facebook instagram
Powered by Blogger.
  • HOME
  • ABOUT
  • MEERACLE UNDER THE SEA
    • Moisturizer
    • Toner
    • Scrub
    • Facial Sheet Mask
    • Travel Set
  • MEERACLE SKIN CARE
    • Facial Cleanser
    • Luxury Cleansing Milk
    • Facial Serum
    • Foundation
    • Beauty Defender
    • Quiver Facial Brush!
  • MEERACLE COSMETICS
  • JOIN US!
  • CONTACT

Meeracle Empire byCikHas


Biasanya perasaan takut berniaga berlaku kepada mereka yang baru pertama kali berniaga. Jika dah lama berniaga, perasaan takut tu akan berkurangan. Kalau nak ikutkan apabila kita buat bisnes online, kita tidak perlu pun berhadapan dengan orang lain secara bersemuka.

Tapi perasaan takut tu boleh datang apabila kita rasa rendah diri kerana tidak pandai berniaga. Kita takut apa yang orang lain fikirkan. Apa yang kawan kita kata jika mereka lihat kita promote iklan pada facebook atau instagram kita. Itu contoh beberapa faktor yang menyebabkan kita takut berniaga.

Perasaan takut adalah kerana kita tiada keyakinan diri. Jika keyakinan diri kita tinggi maka perasaan takut akan berkurang. Perasaan takut tidak dapat dihilangkan sepenuhnya tapi boleh dikurangkan sedikit demi sedikit. 

Impian. Matlamat. Pelan Tindakan. Tindakan. Usaha. Istiqamah. Doa. Tawakal.


Jom kita lakukan tip-tip dibawah ni supaya kita dapat berniaga dengan lebih yakin lagi.


1) #Mulakan_Langkah_Pertama

Tiada langkah pertama maka tiada langkah seterusnya. Jangan hanya bersikap tunggu dan lihat sahaja. Jika tidak mencuba kita tidak akan tahu. Apabila mencuba barulah kita tahu setakat mana kelebihan dan kekurangan diri kita.

Jika tidak bermula langkah pertama untuk mulakan bisnes kita, maka sampai bila-bila pun kita akan terus dibelenggu rasa takut berniaga tu.



2) #Belajar_Dari_Kesilapan

Kita manusia biasa sudah tentu tidak sempurna. Kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dari kesilapan itulah menjadikan diri kita lebih matang. Paling penting tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kita belajar dari kesilapan dan perbaiki diri kita sedikit demi sedikit. Tidak perlu takut jika buat silap semasa berniaga kerana kita sebenarnya sedang belajar dari kesilapan untuk jadi lebih baik.



3) #Berani_Mengambil_Risiko

Apabila melakukan bisnes, kita akan berhadapan risiko kena reject dengan customer, kena maki dengan customer, supplier buat hal, pos laju lambat sampai dan banyak lagi. Tidak semua orang berani menghadapinya tapi dalam berniaga memang perlu ada keberanian untuk berhadapan dengan pelbagai masalah.

Itu semua asam garam dalam dunia bisnes. Dan apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi situasi tersebut dan mengawal supaya tidak bertambah teruk. Kita perlu sentiasa bersiap sedia.



4) #Tambah_Ilmu_Berniaga

Kita akan belajar dari pengalaman sendiri. Banyak juga yang kita boleh belajar dari pengalaman orang lain. Ada banyak cara sebenarnya untuk kita dapat ilmu berniaga. Sentiasa tambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dengan membaca buku-buku berkaitan bisnes.

Jika ada masa boleh belajar dengan ramai guru atau sifu bisnes yang ada di luar sana. Bila ada ilmu barulah kita akan lebih yakin untuk berniaga. Kita tidak akan rasa risau atau terlalu takut apabila ada ilmu.



5) #Cari_Kawan_Yang_Sentiasa_Menyokong

Kita mempunyai kawan yang ramai. Tapi dalam ramai-ramai kawan itu belum tentu kawan berkualiti. Ada yang hanya berkawan kerana sebab-sebab tentu yang mereka nak dari kita. Kita boleh berkawan dengan semua orang tapi kita boleh memilih kawan-kawan yang sentiasa menyokong kita.

Susah nak cari kawan yang susah senang ada bersama. Jika ada maka hargai mereka dengan sebaiknya. Merekalah yang akan sentiasa memberi semangat kepada kita diwaktu kita jatuh dan bangun dalam dunia bisnes yang penuh cabarannya.



6) #Fikirkan_Perkara_Positif

Pedulikan apa yang orang lain fikirkan. Jika perut kita lapar bukan mereka yang akan bagi kita makan. Kita perlu usaha untuk diri kita sendiri. Sentiasa berfikiran positif yang kita berniaga adalah kerana kita suka berniaga. Bukan untuk tunjuk atau puaskan hati orang-orang tertentu.

Kita perlu yakin yang kita juga boleh berjaya seperti orang lain. Kita akan bantu orang lain pula apabila kita sudah berjaya dalam bisnes kita.



7) #Sentiasa_Berdoa_Kepada_Allah

Sebagai orang islam, usaha dan doa jangan tinggal. Sehebat mana pun kita jangan sampai lupakan Dia. Dialah yang memberikan rezeki kepada kita. Banyakkan berdoa kepadaNya diwaktu susah dan senang.

Sentiasa yakin Dia akan membantu kita. Sentiasa buat amalan-amalan untuk menjemput rezeki seperti solat sunat dhuha, bersedekah, dan lain-lain. Biar sikit tapi konsisten setiap hari. InsyaAllah.



Sebagai kesimpulan, jika nak berniaga kita kena buang rasa takut tu.

Jangan terlalu fikirkan perkara buruk yang belum tentu berlaku. Kita perlu bersangka baik setiap masa.

Setiap orang ada cara masing-masing untuk hilangkan rasa takut tu. Buat saja cara mana yang rasa sesuai dan selesa dengan diri kita.

Jika masih takut berniaga, maka kita akan terus ketinggalan. Hanya orang yang berani saja akan terus maju ke hadapan.

Itulah pilihan kita. Kita perlu berani untuk berniaga. Tapi bukan berani kosong. Tapi berani dengan ilmu supaya kita dapat berniaga dengan cara yang betul. InsyaAllah moga kejayaan jadi milik kita.
#c_p

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
“Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya"

FOKUS dan TERUS ISTIQAMAH, yakin pada diri sendiri..Jangan mengeluh, kalau masih tidak dapat apa yg kita nak, cuba lagi tanpa kenal erti putus asa💪

Kredit :CheWanZira
Peluang keemasan untuk anda yang sedang mencari peluang bisnes dari rumah dan di mana sahaja pun boleh jalankan bisnes Meeracle  dengan modal permulaan RM448 RM269 sahaja!



Rebutlah peluang jadi Ejen Meeracle dengan Pakej Pearl pada harga Promo ini dan nikmati tawaran hebat lain yang diberikan iaitu:

Dengan pakej PROMO PEARL RM269 ini, anda akan dapat: 

Produk & Ebook:
  • 3 serum
  • 3 cleanser
  • Ebook

Untung 30%

Banyak kan keuntungan tu! 30%.


Dan ia sangat berbaloi-baloi. 
Dapat produk, boleh jual. Dapat untung lagi.
Ebook untuk dibaca dan dijadikan panduan dalam bisnes ni. 



Jadi... Jangan lepaskan peluang ni. Tempoh masa sangat-sangattt terhad, iaitu dari 13 Mei HINGGA 30 June SAHAJA.



Boleh terus Whatsapp CikHas:
CikHas
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS


About me

About Me

'CikHas sangat suka dengan kecantikan. Suka tengok wanita-wanita kat luar sana sentiasa cantik dan gojes gitu. Pada CikHas, penampilan wanita tu sangat penting. Sebab tu bisnes pun ke arah kecantikan juga. Do what we love, love what we do. SELAMAT DATANG KE BLOG CIKHAS.

- Hasanah Hasrin / CikHas -


recent posts

Most Popular

  • Senarai Agent TeamCikHas
    Anda boleh dapatkan produk Meeracle melalui CikHas atau melalui Agent TeamCikHas seperti yang CikHas senaraikan di bawah.  Agent Ruby...
  • Moment Kenangan CikHas Bersama Founder Meeracle - Puan Meera Nordin
    Adakalanya, bila CikHas imbas kembali kenangan sepanjang jalankan bisnes Meeracle lebih kurang 3 tahun ni, rasa macam mimpi jadi kenyataan...
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
     TERBARU DARI MEERACLE! MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0 Dapatkan secara PERCUMA  dengan setiap pembelian bernilai RM99 ke atas. *sementara ...
  • Welcome to Blog CikHas
    Assalamualaikum. Salam perkenalan dan selamat datang ke blog CikHas: Meeracle Empire byCikHas . Nama saya Hasanah Hasrin. Panggilan m...
  • Meeracle Under The Sea Scrub
    Meeracle Under the Sea Scrub Is coming soon. T U N G G U !!!
  • Jana Income dari Rumah dengan Meeracle
    Adakah anda surirumah sepenuh masa? Jom!  Jana income hanya dari rumah dengan: MEERACLE Kenapa Meeracle adalah pilihan ...
  • RAHSIA KULIT GLOWING DAN ANJAL MACAM ORANG KOREA?
    Korang nak tau rahsia kulit glowing dan anjal macam orang Korea? Haaa... meh sini, CikHas pecahkan rahsianya untuk korang. Jangan cakap akak...
  • Contact Me
    Anda boleh contact dan follow CikHas melalui whatsapp dan channel di bawah: Hasanah Hasrin Meeracle Stokis Johor Bahru & Meer...
  • T E A S E R... Si Merah Yang Pasti Menggegarkan Pasaran Skin Care di Malaysia!
    Salam semua.  Lama CikHas tak bersiaran kat sini. Alhamdulillah, CikHas sekeluarga sihat walafiat. Semoga korang juga sentiasa sihat. Alhamd...
  • MEERACLE Year End Sale 2020!
      Year End Sale MEERACLE! Kita dah sampai ke penghujung tahun 2020. Kini, MEERACLE sedang mengadakan Year End Sale 2020. Apakah produk yang ...

CATEGORIES

  • AGENT TEAMCIKHAS
  • BUSINESS JOURNEY
  • Bisnes Dari Rumah
  • Cara Guna Produk Meeracle
  • Cleanser Meeracle
  • Dropship Meeracle
  • Foundation Meeracle
  • L'FEMME COSMETIC MEERACLE
  • LIFESTYLE
  • Leader CikHas
  • Luxury Cleansing Milk
  • MEERACLE AMETHYST LUSTRE GEMSTONE FOUNDATION
  • MEERACLE FACIAL CLEANSER
  • MEERACLE FACIAL SERUM
  • MEERACLE LIPSTIK
  • MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK
  • MEERACLE PRO FACE APPLICATOR
  • MEERACLE Quiver Facial Brush 2.0
  • MEERACLE UNDER THE SEA
  • MEERACLE UNDER THE SEA MOISTURIZER
  • MEERACLE UNDER THE SEA SCRUB
  • MEERACLE UNDER THE SEA TONER
  • MEERACLE Under The Sea Facial Sheet Mask
  • MEERACLE Under the Sea (Travel Set)
  • Meeracle Empire byCikHas
  • Moisturizer Meeracle
  • NAFURA ENGLISH PEAR HEAD TO TOE SHOWER & SHAMPOO
  • NAFURA LUMIERE LOOSE POWDER
  • PROMOSI
  • Pakej Agen Meeracle
  • Peluang Bisnes Meeracle
  • Pencuci Wajah Meeracle
  • Pro Face Applicator
  • Produk Meeracle
  • REGINA BAG
  • Scrub Meeracle
  • Senarai Agent Meeracle
  • Serum Meeracle
  • Stainless Steel Tumbler
  • Surirumah Berpendapatan
  • TESTIMONI PRODUK MEERACLE
  • TIPS KECANTIKAN
  • The Sash Beauty
  • Tips Jaga Kulit Wajah
  • Toner Meeracle

Blog Archive

  • March (1)
  • February (4)
  • April (1)
  • December (4)
  • November (16)
  • October (20)
  • September (14)
  • August (15)
  • June (2)
  • May (13)
  • April (13)
  • March (16)

Created with by beautytemplates