Aktiviti Bisnes CikHas Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akibat Covid-19

by - April 12, 2020

Hari Ahad pun update blog ya. Ni dah ramai nampaknya yang dah lupa hari sejak PKP. Hihi. Harini, kita sembang-sembang santai jer yer. Ambik mood dok rumah dah sesambil layan anak-anak sendiri dan anak-anak bisnes. Semua nak kasik kasih sayang sama rata :)


Perjalanan bisnes CikHas masih lagi berjalan seperti biasa. Alhamdulillah. Walaupun kita rakyat Malaysia tak boleh keluar rumah ke sana-ke sini (hihi teringat pulak ucapan YB PM kita yang orang buat ala-ala menari tu!), kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, bisnes CikHas dan Agen Team CikHas berjalan semakin laju.


Sale masuk almost everyday. Syukur alhamdulillah. Ye lah, macam CikHas pernah cakap kan, apa jadi pun, orang akan tetap cari produk untuk jaga dan rawat kulit. Jadi, produk-produk skincare dan cosmetics akan sentiasa ada permintaan dan pembelian berulang (repeat sale).


Inilah antara aktiviti kat rumah. Anak-anak pun cuti sekolah, dapatlah mama bernafas lega sikit hihi. Mereka tolong mama uruskan stok bagi melancarkan dan memudahkan lagi urusan mama. Bila kerja bisnes dah selesai, mereka pun happy sama sebab mama dapat luangkan lebih masa untuk mereka.

Stok masuk dan stok keluar. Alhamdulillah. Hasil usaha dan semestinya rezeki dari Allah buat CikHas dan Agent TeamCikHas.

Nak join TeamCikHas, boleh Whatsapp tau. Sekarang masih ON lagi pakej promosi Dropship RM10 jer. Jangan tunggu lama-lama, sebab promosi ni sampai 30 April 2020 ajer. Ni la peluang nak mula buat bisnes dan boleh jadikan sumber pendapatan dari rumah. Musim kena kurung ni, kita janganlah limit-kan cara kita nak carik income. Meeracle kan ado. Korang promote dan ambik order, hal lain tu, CikHas uruskan.

Assistant sedang bertugas. Cuti sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19. Masa belajar kena belajar, masa rehat dan main ada. Masa tolong mama pun ada. Semoga jadi anak soleh yer :)


Penuh komited nampak gayanya tu. Alhamdulillah. Peluang didik anak mama untuk nikmati dan rasa senang dan usaha dalam meraih rezeki dari Allah. Semoga anak-anak mama tahu hargai apa yang mama lakukan. Inilah peluang kita sebagai ibu untuk mendidik jiwa anak-anak. 


Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan dan peluang. Usaha berterusan, tak kira situasi apa sekali pun.


Nanti jumpa tuan baru. Bantu mereka cantikkan dan rawat kulit wajah. Produk yang bagus pasti jadi pilihan pengguna bijak!






Jaga diri elok-elok. Patuhi peraturan PKP. Ia untuk kebaikan kita semua. Sama-samalah kita usaha patuhinya dan berdoa kepada Allah agar musibah Covid-19 ni akan berakhir segera. Ramadan pun lagi 12 hari saja lagi, semoga Allah Taala permudahkan urusan kita semua untuk beribadat kepadaNya. Tak mengapalah kita tak dapat sambut dan jalani ibadah Ramadan seperti dulu, namun kita boleh ambil peluang berkurung dan pergerakan yang terhad ini untuk luangkan masa  berkualiti untuk beribadah dan bersama keluarga. 


Buat kaum wanita khususnya, sesibuk mana pun kita menguruskan keluarga di musim PKP ini, jangan lupa jaga diri kita dulu. Rutin jaga kecantikan kulit harian macam CikHas share sebelum ni, kita buat jer tanpa skip dan disiplin. Sayangi diri kita, kerana diri kita begitu berharga. 

Jangan skip pakai moisturizer ya! Dok kat rumah pun wajib tepek mosturizer.  


Untuk ikuti perkembangan semasa CikHas dan update terkini, terutamanya PROMOSI SEMASA, korang boleh ke FB dan PAGE CikHas. 


Nak dapatkan produk Meeracle atau nak tau peluang bisnes Meeracle, boleh terus Whatsapp CikHas. Sampai jumpa lagi. 

You May Also Like

0 Comment