About Meeracle
Tak kenal maka tak cinta. Jadi, CikHas nak kongsikan info mengenai Meeracle untuk menambahkan lagi kepercayaan korang pada company dan produk-produk keluaran Meeracle.
EDELSTEEN SDN. BHD adalah sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik Bumiputra yang berdaftar pada tahun 2015. Dengan permulaan yang sederhana dalam membina kepercayaan pelanggan dan pembekal, EDELSTEEN SDN BHD telah mengeluarkan produknya sendiri iaitu jenama MEERACLE. Melalui MEERACLE, Syarikat ini mengukuhkan lagi kedudukannya di pasaran dan bersaing dengan syarikat-syarikat yang berada dalam industri kecantikan dan komestik yang lain.
Produk MEERACLE memberi tumpuan kepada kecantikan dan penjagaan kulit, telah pun berkembang dan mempunyai rangkaian pengedar lebih daripada 1500 di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara. MEERACLE juga telah mencipta FORMULA GEMSTONE dan telah digunakan dan terbukti secara klinikal melalui penyelidikkan dan kajian produk yang meluas oleh pasukan penyelidikan kami. Pasukan penyelidikan kami terdiri daripada pakar-pakar kecantikan dan kami menggabungkan mereka yang berpengalaman dan berkepakaran untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, berkesan dan selamat untuk lapisan masyarakat dan umur tanpa kesan sampingan yang memudaratkan pengguna.
Produk MEERACLE dihasilkan sendiri di kilang pembuatan dan pemprosesan MEERACLE yang telah mendapat status kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practices) di mana kilang ini dibangunkan khusus untuk penyelidikan, pembuatan dan pemprosesan produk-produk MEERACLE sahaja.
EDELSTEEN SDN.BHD. (1216789-D)
191-2-03, 2nd Floor, Wisma CKE,
Jalan Lancang Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Call Us : 010-3985279
191-2-03, 2nd Floor, Wisma CKE,
Jalan Lancang Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Call Us : 010-3985279
0 Comment