Kelebihan Meeracle Under The Sea

by - March 18, 2020



Ada tak antara korang yang tertanya-tanya, apa benda la Meeracle Under the Sea. Tapi sebelum tu, CikHas nak list-kan 3 produk Meeracle Under the Sea iaitu:

  • Toner Under the Sea
  • Moisturizer Under the Sea
  • Scrub Under the Sea


Kenapa ya, produk Meeracle untuk Toner, Moisturizer & Scrub ni di namakan Under The Sea’? 

Ini adalah sebabnya:
FAKTA: Lautan merangkumi kira-kira 70% bumi dan hanya kurang daripada 5% telah diterokai manusia. Kami percaya bahawa kurang berlaku pencemaran yang teruk di lautan berbanding di darat, di mana ia mempunyai pelbagai kelebihan yg tersembunyi dan mineral yang berkhasiat dan masih terpelihara kualitinya yang boleh digunakan dalam produk kami. 

Bahan-bahan yang terkandung dalam Meeracle Under The Sea diperbuat daripada hidupan marin yg istimewa. Pastinya berlainan daripada produk-produk lain yang ada di pasaran luar.

Berinspirasikan lautan, selami koleksi eksklusif, produk Meeracle Under The Sea yang diperkaya dengan bahan-bahab semulajadi dari lautan seperti, Galactomyces, Abalone Pearl, Korean Algae, Musseleps, Laminaria Digitata, Plankton dan banyak lagi.

Ketiga-tiga produk Meeracle Under the Sea ini, akan dapat membantu anda menjaga, merawat dan mengekalkan kecantikan kulit wajah anda agar sentiasa sihat, glowing, berseri-seri dan yang paling penting, ia selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia bahaya atau terlarang. 

CikHas akan kongsikan tentang ketiga-tiga produk Meeracle Under the Sea ini iaitu Toner, Moisturizer dan Scrub dalam entry akan datang. 

You May Also Like

0 Comment