Meeracle Under The Sea Moisturizer

by - March 20, 2020

Dalam entry semalam, CikHas dah share tentang Meeracle Under the Sea Toner. Macam mana, ada yang dah teruja dengan Toner ekslusif kami ni? Mesti cuba tau! 


Tapi sebelum tu, izinkan CikHas tambah lagi bahang keterujaan korang tu, dengan satu lagi produk Meeracle Under the Sea, yang wajib korang guna juga sebagai rutin penjagaan kulit korang untuk digandingkan dengan Meeracle Under the Sea Toner iaitu Meeracle Under the Sea Moisturizer! 


Yup! Moisturizer atau pelembap. 


CikHas tau, ramai kannn... yang mengelat tak pakai moisturizer. Eh, tak boleh tau. Kalau nak jaga kulit, jangan nak mengada-ngada mengelat pakai moisturizer. Kalau tak tau nak pilih moisturizer apa, meh sini CikHas share dengan korang tentang Moisturizer Under the Sea Meeracle ni ha. Jom!




Meeracle Under the Sea Moisturizer mengandungi bahan-bahan berinspirasikan lautan yang sangat ekslusif, iaitu dan mempunyai fungsi seperti berikut:



Korean Algae
  • Melindungi kulit dari luar dan dalam, melebarkan lagi perlindungan daripada sianran UV & infra merah pada kulit. 

Abalone Pearl
  • Melambatkan proses penuaan, membaikpulih parut dan kerosakan kulit daripada cahaya matahari.

Laminara Digitata
  • Merangsang peredaran darah.
  • Membantu menghapuskan toksin.

Musselepss

  • Mengekalkan kelembapan di muka.
  • Memberikan kesan pelembap dengan jangka masa yang panjang.
  • Mengurangkan garis kedutan

Plankton
  • Mengurangkan saiz dan warna bintik hitam di muka.
  • Memberikan kecerahan pada kulit. 


Apakah Kelebihan Meeracle Moisturizer Under The Sea?
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Melindungi permukaan kulit
  • Membuatkan kulit kekal lembut
  • Mengimbangkan pengeluaran minyak dari kulit wajah
Secara asasnya, bila kulit kita dalam keadaan yang lembab, kulit wajah akan sentiasa tampak fresh & glowing! Nak wajah glowing dan berseri-seri, korang mesti cuba Meeracle Under the Sea Moisturizer.

Harga:
RM59 (20ml)


Berminat nak cuba Meeracle Under the Sea Moisturizer atau produk-produk Meeracle yang lain atau nak dapatkan maklumat lanjut, boleh terus Whatsapp CikHas. Tekan jer LINK INI. InsyaAllah, CikHas akan bantu korang. 


Nak buat bisnes sama-sama dengan MeeracleEmpireByCikHas, pun boleh. InsyaAllah, let's do it together! Boleh klik sini untuk baca dan selami Business Journey CikHas. Jika CikHas boleh, korang juga pasti boleh! 

You May Also Like

0 Comment